Saturday 7 December 2019

Isteri Baharu Macam Vitamin Buat Saya – Farhan


PENDAKWAH sensasi Da’i Farhan menyifatkan isteri baharunya, Noorainul Naqim Mohd Radzi atau lebih dikenali dengan nama Dr. Airen sebagai vitamin untuk dirinya.

Farhan atau nama sebenarnya, Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad berkongsi mengenai keperibadian isterinya.

“Alhamdulillah, dia sangat memberikan rangsangan motivasi kepada saya. Ke mana sahaja saya pergi, dia selalu ada.

“Jadi, saya rasa dia macam vitamin, ada selalu bila dia ada disamping saya.


“Kami tak ada rahsia, apa sahaja kami akan kongsi… info, isi hati dan pendapat, semuanya kami kongsi. Alhamdulillah, kami sering bertoleransi,” kata Farhan.

Sebelum ini tular kisah peribadi Farhan apabila dia mengumumkan telah mengahwini seorang janda anak lapan di Makkah.

Perkahwinan itu didakwa tidak mendapat restu isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain Mat Aris namun kenyataan itu telah disangkal oleh Fatin.

Dan terbaharu, seorang peguam wanita mendedahkan Farhan telah menceraikan Fatin menerusi aplikasi WhatsApp dan terbang ke China bersama isteri keduanya.


Sumber: Gempak.com


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2LxvrjT
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2DWys9d
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment