Saturday 7 December 2019

11 Tahun Menanti Zuriat. Suami Sujud Syukur Bila Dapat Tahu Isteri Hamil


Setiap pasangan yang berkahwin pastinya memiliki impian untuk memiliki zuriat sekurang-kurangnya seorang. Namun, tidak semuanya bernasib baik dan mampu merasai pengalaman itu meskipun pelbagai cara dan iktiar dilakukan.

Bagaimanapun, perkongsian seorang doktor ini pastinya bakal menyentuh hati sesiapa sahaja yang menontonnya apabila pasangan ini berjaya menimang cahaya mata pertama selepas menunggu selama 11 tahun.

Menerusi perkongsian yang dibuat di laman Instagram drthokha ini, kelihatan sepasang suami isteri itu tidak dapat menahan rasa sebak apabila dimaklumkan bahawa mereka bakal bergelar ibu dan bapa.


Berdasarkan video berdurasi 3.07 saat itu, pasangan tersebut pada awalnya menyangkakan bahawa alat ujian kehamilan mereka bakal memaparkan keputusan yang sama seperti sebelumnya.


Namun, kejutan dibuat oleh Dr. Tokha apabila mereka dimaklumkan bahawa wanita tersebut telah hamil.

Apa yang lebih mengharukan, sebaik sahaja mendengar sahaja berita tersebut, si suami terus melakukan sujud syukur sebagai tanda terima kasih kepada Allah.



Perkongsian video tersebut ternyata telah mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen. Rata-ratanya mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut, selain turut meluahkan rasa terharu terhadap berita yang diterima pasangan itu.



Sumber: https://ift.tt/2TP95R3


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2OX0Azm
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2PltvMy
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment