Tuesday, 3 November 2020

Kes Bunuh Rakan: Suspek Menggigil & Menangis Masa Dibawa Masuk Ke Mahkamah

Seorang pelajar tingkatan enam ditahan reman berikutan menjadi suspek utama pembunuhan Siti Nur Surya Ismail yang maut dalam kejadian di di Kampung Lubuk Batu, Telemong, Hulu Terengganu, kelmarin.

Suspek hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret bagi membenarkan perintah tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 9 November 2020.

Menggigil masuk mahkamah

Menerusi laporan Buletin TV3, suspek yang berusia 19 tahun menggigil sebaik sahaja dibawa turun dari kenderaan polis sebelum dibawa masuk ke dalam mahkamah.

Mengalir air mata

Malah, suspek yang berpakaian lokap berwarna ungu dilihat mengalirkan air mata sewaktu dia dibawa masuk ke dalam kamar mahkamah oleh anggota polis.

Berdasarkan hasil siasatan awal, suspek mengaku melakukan perbuatan itu yang berpunca dari kata mengata sehingga berlaku salah faham sebelum berlaku pergelutan.

Perintah reman tersebut dibenarkan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda di Mahkamah Majistret. Kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Kesiksaan kerana membunuh.

Sumber: Buletin TV3 & Kosmo Online via https://ohmymedia.cc



from Sehinggit Media News https://ift.tt/328hkK6
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3enQ3Z4
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment