Monday, 24 June 2019

'You Cikgu Tak Boleh Buat Macam Ni, You Memang Salah!' - Ibu Berang Anaknya Dirotan Sampai Berbirat Kerana Panggil Cikgu 'Pondan'


Berang anak perempuan dirotan sampai berbirat membuatkan si ibu tidak berpuas hati lalu mengambil keputusan untuk berdepan dengan guru lelaki terbabit. 

Si ibu turut merakam video dia mempertikaikan tindakan guru itu yang dianggapnya agak keterlaluan biarpun guru terbabit cuba menjelaskan bahawa pelajar perempuan itu terdahulu menggelarnya sebagai 'aqua' (pondan). 

Berdasarkan gambar, pelajar terbabit dirotan di bahagian lengan dan kakinya sehingga meninggalkan kesan dan sukar menggerakkan tangannya. 

Ibu: "Sekarang dia cakap sama you, sorry. Kenapa nak hentam dia macam ni?" 

Guru: "Sebelum dia buat, adakah dia fikir? Dia fikir tak? Dia fikir tak apakah yang dia buat tadi?" 

Ibu: "You ingat cikgu 'besar', jangan cakap macam ni. You rotan budak macam ni, tengok. Rotan macam ni eyh? Tengok tangan dia, entah-entah ada patah pun tak tahu. You rotan sama dia macam ni? 




"You ini cikgu aa, tak boleh macam ini buat tau. You memang salah. Dia cakap sama you saja ma, tiada pukul you. Kalau dia ada pukul you, you pukul dia, tak apa. Jangan macam ni. 

"You cakap you geram ah? Tak boleh macam ni. Awak cikgu, awak mengajar mereka." 

Guru: "Puan ada tanya tak apa yang dia cakap pada saya?" 

Ibu: "Aqua (Pondan)?" 

Guru: "Daripada satu aspek, tak boleh."

Ibu: "Tapi dia sudah cakap sorry ma. Ada cakap sorry tak?" 

Menurut guru terbabit, pelajar itu bukan sekali memanggilnya seperti itu dan mempersoalkan tindakan si ibu yang mempertahankan anaknya sudah meminta maaf sedangkan permohonan maaf itu dibuat selepas guru itu merotannya. 

Malangnya, si ibu enggan mendengar penjelasan itu yang dianggapnya mengarut dan tetap mempertikaikan tindakan guru itu merotan anaknya. 

Berdasarkan perbualan seterusnya, seorang guru wanita menjelaskan kepada si ibu bahawa pelajar terbabit menyebut 'Cikgu Aqua (pondan)' di hadapan para pelajar lain. 


Sumber: Borneo via The Reporter


from Sehinggit Media http://bit.ly/2J9ozar
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://bit.ly/2YdXaui
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment