Sunday, 30 June 2019

'Dibuang' Kerana Lahir Tanpa Bibir Dan Dagu, Keluarga Budak Perempuan Ini Rela Tinggalkan Kampung, "Kami Terima Dia Seadanya"


SEORANG budak perempuan Rusia yang dilahirkan tanpa bibir dan dagu telah diterbangkan ke London untuk menjalani rawatan bagi menstrukturkan semula wajahnya.

Darina Shpengler tidak pernah didiagnos dengan sebarang penyakit secara rasmi, tetapi dia mengalami situasi yang jarang berlaku iaitu sindrom Nager.

Dilaporkan, sebaik dia dilahirkan, doktor telah mencadangkan supaya ibunya, Elena Shpengler, 47, untuk meninggalkan bayinya.

Bagaimanapun bukan Darina yang ditinggalkan, sebaliknya Elena dan suaminya, Yury, 49, telah meninggalkan kampung mereka di kawasan pedalaman apabila keluarga menolak kehadiran bayi perempuan itu.

Darina yang kini berusia enam tahun dijadualkan untuk menjalani pembedahan bagi mengubah hidupnya di Hospital Great Ormond Street di London, England pada Rabu.


Doktor pernah mencadangkan Elena agar meninggalkan sahaja anaknya.

Elena berharap prosedur itu dapat membantu anaknya makan dan menaikkan berat badannya.

Tapi apa yang lebih diharapkan oleh ibu tersebut adalah anaknya yang bisu dapat bersuara seperti orang lain.

"Saya hanya harapkan pembedahan berjalan lancar kerana ingin melihat Darina dapat makan dan tambah berat badan.


"Dia akan mula bernafas dengan lebih baik dan membesar serta tidak kerap jatuh sakit seperti sekarang.

"Diharap selepas prosedur itu, dia dapat bermain dengan kanak-kanak lain kerana mereka tidak lagi takut dengannya," kata Elena kepada The Siberian Times.

Keadaan kanak-kanak perempuan itu dipantau oleh Profesor David Dunaway yang merupakan ketua unit kraniofasial di hospital tersebut.

Saya dibawa ke bahagian rawatan intensif dan doktor mencadangkan agar saya tinggalkan sahaja bayi saya di hospital. Tapi, saya menolak sekeras-kerasnya

Kos pembedahan dianggarkan bernilai RM354,645 dan dibiayai oleh badan amal yang berpangkalan di Rusia, Rusfond.

Selepas Darina dilahirkan, Elena mendakwa kakitangan hospital pada mulanya enggan membenarkan dia melihat keadaan bayinya.

"Saya merayu kepada mereka untuk menunjukkan anak saya.

"Jururawat itu lihat saya dan bertanya adakah saya sudah bersedia untuk melihatnya?" kata ibu tersebut.

Elena kemudian terpaksa melihat Darina di inkubator dan ketika itu dia menyedari tentang keadaan fizikal bayinya.


Elena bersama kedua ibu bapanya.

"Dunia saya kelam dan saya terus tidak sedarkan diri.

"Saya dibawa ke bahagian rawatan intensif dan doktor mencadangkan supaya bayi itu ditinggalkan di hospital. Tapi, saya menolak sekeras-kerasnya," ujar Elena.

Sementara itu, suami Elena yang sedang dirawat di hospital lain kerana terlibat dalam kemalangan kereta, tidak menunjukkan reaksi terkejut ketika melihat keadaan bayi mereka.

"Wajahnya tidak berubah ketika melihat Darina.

"Dia kata bahawa bayi itu adalah anak kami, anak perempuan kami," kata wanita tersebut.


Walaupun tidak sempurna, Elena amat disayangi oleh kedua ibu bapanya.

Lebih menyedihkan apabila semua ahli keluarga mula menyisihkan mereka dan hanya kakak Elena yang memberikan sokongan.

Tidak sekadar itu, keluarga mereka menuduh pasangan tersebut yang sengaja merosakkan wajah Darina sehingga jadi begitu.

"Saya dapat panggilan daripada polis dan mereka mahukan penjelasan," katanya.

Walaupun orang awam tidak senang melihat keadaan anak mereka, pasangan itu enggan menyembunyikan Darina dari dunia.

"Ada orang minta kami pakaikan dia topeng muka, suami saya balas: "Kalau tak mahu tengok, jangan tengok. Kami terima dia seadanya".'

Sumber: Mstar Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/2J7W78E
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/303tYqr
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment