Terkini kerajaan telah mengumumkan pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) 2019 bagi fasa kedua akan dilakukan bermula 28 Mei 2019
Bayaran tersebut adalah mengikut kategori (rujuk jadual di bawah) yang meliputi bilangan anak tanggungan serta nilai BSH 2019 yang akan diterima melibatkan hampir 3.6 juta penerima dengan peruntukan anggaran berjumlah RM1.42 bulion
Menurut Menteri Kewangan juga, kadar BSH yang akan diagihkan termasuklah 3.23 juta anak penerima berumur 18 tahun ke bawah kecuali anak kurang upaya atau OKU (tiada had umur)
Proses pembayaran adalah secara kredit terus ke akaun bank yang telah didaftarkan penerima BSH, namun sekiranya penerima tidak mempunyai akaun bank, pembukaan akaun bank secara automatik akan dibuat oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) mengikut persetujuan dan akuan pemohon yang dinyatakan dalam borang permohonan BSH 2019
Pembayaran Fasa 2 BSH 2019 ini tidak melibatkan golongan bujang berpendapatan rendah berdasarkan maklumat daripada Pembantu Menteri Kewangan
Jumlah pembayaran BSH Fasa 2 2019 adalah seperti berikut:
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
Semakan status permohonan Bantuan Sara Hidup boleh dibuat di bsh.hasil.gov.my
Pembayaran fasa pertama telah pun dibayar pada 28 Januari lalu secara automatik kepada penerima BSH tahun lepas kecuali dua golongan berikut:
Bujang
Pasangan bukan warganegara
Pembayaran fasa kedua dan ketiga dijangka akan dibayar pada bulan Mei dan Ogos ini.
KAEDAH PEMBAYARAN
Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, kaedah pembayaran akan dikreditkan ke akaun penerima bermula pada 28 Mei.
Antara bank yang terlibat dalam proses pembayaran ini termasuklah:
- AFFIN BANK
- AGRO BANK
- ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
- AM BANK BERHAD
- AL RAJHI BANK
- BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
- BANK RAKYAT
- MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
- BANK SIMPANAN NASIONAL
- CIMB BANK BERHAD
- CITIBANK BERHAD
- HONG LEONG BANK
- HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD
- MAYBANK
- OCBC BANK
- PUBLIC BANK BERHAD
- RHB BANK BERHAD
- STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD
- UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berhubung Bantuan Sara Hidup 2019, anda boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada bsh@treasury.gov.my
from Sehinggit Media News http://bit.ly/2WviptR
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://bit.ly/2Qval6R
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment