Friday, 16 August 2019

Datuk Boy Iman sah bercerai talak tiga


KUALA LUMPUR - Pelakon, Datuk Boy Iman mengesahkan dia sudah bercerai talak tiga dengan isterinya, Kumala Dewi Anas pada bulan April lepas.

Menerusi kemas kini laman Instagramnya, Boy Iman atau nama sebenarnya Noruliman A. Rahman,39, memberitahu dia merahsiakan hal tersebut buat sementara waktu kerana mahu memberi masa buat dia dan bekas isteri untuk menerima kenyataan.

“Kami berkahwin selama lapan tahun, jadi bila berlaku perpisahan perasaannya sangat menyayat hati. “Namun saya harap orang ramai di luar sana mendoakan yang terbaik untuk kami berdua agar terus menjadi sahabat demi anak, Norul Emer,6,”katanya lagi.



Menurut pelakon Blok 404 ini, mereka pernah bercerai dua kali pada 2015 dan 2017 namun rujuk kembali atas dasar kasih sayang sekaligus menjadikan perceraian yang ketiga adalah talak terakhir.

Boy Iman juga mengakui bahawa masalah kewangan adalah antara punca keruntuhan rumah tangganya namun ia bukanlah sebab paling utama mereka bercerai. “Ada banyak sebab lain lagi tetapi kewangan salah satu daripadanya,”ujarnya lagi.

Boy dan Kumala,42, berkahwin pada 11 November 2011 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Emeer. Kumala sebelum ini pernah berkahwin dan memiliki seorang anak perempuan bernama Ku Ivy Emmera, 19.

Sumber: Kosmo Online

from Sehinggit Media News https://ift.tt/2KT8O8r
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2H7RGuE
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment