Tuesday, 23 June 2020

Remaja Pandu Lawan Arus Dihukum Penjara Lima Tahun, Denda RM18,000


BUKIT MERTAJAM, 22 Jun — Seorang remaja perempuan dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM18,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah memandu secara melulu dan melawan arus sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki, tiga tahun lepas.

Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha menjatuhkan hukuman itu ke atas remaja berusia 22 tahun, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah turut memerintahkan remaja itu dihukum penjara 24 bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda dikenakan serta lesen memandu percubaannya dibatalkan dan tertuduh turut  hilang kelayakan untuk memohon lesen kenderaan selama lima tahun dari tarikh sabitan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sementara rayuan terhadap keputusan hari ini didengar di Mahkamah Tinggi dan menaikkan jaminan RM5,000 lagi menjadi RM12,000 daripada RM7,000 sebelum ini.


Sebaik hukuman diberikan tertuduh yang berada dalam kandang tertuduh dilihat menangis dan beberapa kali mengesat air mata.

Pada 24 Mac 2017, remaja itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian Mohamad Fandi Rosli, 26, di Lebuhraya Utara Selatan, arah utara pada 7.50 pagi, 14 Mac 2017.

Remaja itu didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM20,000.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari manakala Ng diwakili peguam  Lim Boon Beng.

Sumber: BERNAMA


from Sehinggit Media https://ift.tt/318I1P0
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2NqhoNK
via merahhaticintaku.blogspot.my

Heading Outdoors for a Socially Distant Getaway? Try These Apps


By BY STEPHANIE ROSENBLOOM from NYT Travel https://ift.tt/318Ytig


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3dlNTac
via merahhaticintaku.blogspot.my

Korea Selatan Sahkan Berada Dalam Gelombang Kedua Jangkitan Wabak COVID-19


SEOUL: Pihak berkuasa kesihatan Korea Selatan mengesahkan negara itu kini berada dalam gelombang kedua wabak COVID-19.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC) sebelum ini memberi amaran gelombang pertama wabak itu di Korea Selatan tidak pernah berakhir.

"Di kawasan metropolitan iaitu Seoul, Incheon dan Gyeonggi, gelombang pertama adalah dari bulan Februari hingga April.

"Kemudian kita melihat gelombang kedua yang bermula sejak musim cuti pada bulan Mei," kata Pengarah KCDC, Jeong Eun-kyeong.

Penghujung Februari lalu, Korea Selatan melaporkan lebih 900 kes sehari, sekaligus menjadi negara paling teruk terjejas selepas China.


Kempen penjejakan kontak dan pengujian intensif kemudiannya berjaya mengurangkan bilangan kes menjadi satu digit pada akhir April.

Tetapi ketika negara itu mengumumkan akan melonggarkan perintah berkurung pada awal Mei, kes baharu meningkat, sebahagiannya berpunca daripada anak-anak muda yang mengunjungi kelab malam dan bar di Seoul pada hujung minggu.

"Kami pada awalnya meramalkan bahawa gelombang kedua akan muncul pada musim gugur atau musim sejuk. Ramalan kami ternyata salah.

"Selagi penjarakan sosial diambil mudah, kami percaya kes jangkitan akan berterusan," kata Jeong.

Sehingga tengah malam Ahad, Korea Selatan melaporkan 17 kes jangkitan baharu, sedikit menurun daripada dua hari sebelumnya yang masing-masing mencatat 48 dan 67 kes.

Korea Selatan setakat ini mencatat 12,438 kes jangkitan dengan 280 kematian.

Sumber: Astro Awani


from Sehinggit Media https://ift.tt/2Z3fuYq
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3fOFvl7
via merahhaticintaku.blogspot.my

Monday, 22 June 2020

Reverse Sear Steak on Traeger with Smoked Garlic

steaks reverse seared to medium rare, medium, and medium well on Traeger on top of wood cutting board

The reverse sear steak starts off slow and steady on the Traeger and finishes with a good sear in the grill. The technique yields an evenly cooked and tender piece of meat, beautifully browned crust, and the most inviting smoky aroma!

READ: Reverse Sear Steak on Traeger with Smoked Garlic



from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2NmkPER
via merahhaticintaku.blogspot.my

Keputusan Benarkan Anjur Majlis Perkahwinan Diumum Rabu Ini – Ismail Sabri


Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Dato Seri Dr Ismail Sabri mengumumkan bahawa keputusan untuk menganjurkan sebarang majlis perkahwinan bakal diumumkan pada hari Rabu ini.

Kenyataan ini telah disampaikan oleh beliau menerusi Sidang Media Harian MKN di Putrajaya hari ini.

Mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) petang esok akan membincangkan secara teliti mengenai kebenaran mengadakan majlis perkahwinan dan keputusan akan diumumkan pada Rabu.Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan memahami keluhan syarikat pengurusan majlis perkahwinan yang terjejas sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lepas.

“Perbincangan esok bukan sahaja dari segi kebenaran, tetapi juga prosedur operasi standard (SOP). Kita bincang dari segi jumlah kehadiran, adakah setakat 250 orang atau pun mungkin lebih lagi,” katanya pada sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), di sini, hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan meneliti pelaksanaan Solat Jumaat dua sesi seperti yang dilaksanakan di Singapura.


“Setakat ini, kita telah benarkan Solat Jumaat diadakan satu pertiga daripada kapasiti masjid. Sama ada dua sesi dibolehkan, maknanya satu pertiga sesi pertama, satu pertiga lagi sesi kedua, perkara ini saya percaya akan diteliti. Kalau ada keputusan kita akan umumkan,” katanya.

Mengenai pemegang pas lawatan sosial jangka panjang, Ismail Sabri berkata kerajaan membenarkan pasangan dan anak kepada rakyat Malaysia yang bukan warganegara untuk pulang ke negara ini dengan syarat mendapat kelulusan terlebih dahulu.

“Kita meminta mereka memohon daripada Jabatan Imigresen terlebih dahulu, saya nasihatkan jangan terbang balik sebelum dapat kelulusan.

“Ini untuk elak ‘stranded’ di airport tak boleh keluar, atau mereka terpaksa balik ke negara tempat tinggal mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menasihatkan ibu bapa supaya memastikan keadaan kesihatan anak mereka sebelum menghantar ke sekolah yang akan dibuka semula Rabu ini.

“Hanya anak yang sihat dan tidak bergejala dihantar ke sekolah… anak mesti patuhi SOP yang ditetapkan dan mereka juga perlu jaga kebersihan diri terutamanya amalan mencuci tangan dengan kerap dan kalau boleh digalakkan untuk pakai penutup mulut dan hidung,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kawalan sempadan negara, seramai 977 pendatang asing tanpa izin dan 161 tekong telah ditahan kerana cuba memasuki sempadan negara secara haram terutama melalui lorong tikus.

“Turut ditahan, 36 individu yang disyaki penyeludup serta 26 buah kapal,” kata beliau yang turut memaklumkan 97 individu ditahan atas kesalahan melanggar arahan PKPP semalam.

Tambah beliau, jumlah kumulatif tapak pembinaan yang mematuhi SOP setakat ini ialah 2,186 manakala 421 tapak pembinaan tidak patuh SOP dan sudah diberi amaran. – BERNAMA


from Sehinggit Media https://ift.tt/2YV4cWp
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2AO1o5r
via merahhaticintaku.blogspot.my

Sunday, 21 June 2020

Saturday, 20 June 2020

Netflix Midnight Diner: Tokyo Stories – Season 2 Recipes

food recipes from midnight diner tokyo stories season 2

All the recipes you need from Netflix's Midnight Diner: Tokyo Stories - Season 2! Cook your beloved Japanese diner foods and relive your fondest memories.

READ: Netflix Midnight Diner: Tokyo Stories – Season 2 Recipes



from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2AUNwWP
via merahhaticintaku.blogspot.my