Sunday, 29 December 2019

Isteri Yang Penat Dan Stres Buat Kerja Rumah Boleh Amalkan Zikir Fatimah Untuk Redakan Keletihan


Hari ini ramai isteri yang mengeluh penat dan stres kerana tugas yang tak menang tangan. Mereka ini terutama yang bergelar ibu bukan saja mengurus rumah tangga, malah turut bekerja mencari rezeki.

Antara cara kebiasaan wanita meredakan kepenatan ini dengan berehat, bercuti dan juga ke spa untuk rawatan tubuh. Hakikatnya dalam Islam sendiri telah tersedia penawar kepenatan ini melalui amalan Zikir atau Tasbih Fatimah yang diajarkan sendiri oleh Rasululullah s.a.w kepada puterinya Saidatina Fatimah r.a.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, satu hari puteri Rasulullah s.a.w, Saidatina Fatimah r.a mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talib r.a tentang tangannya berasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukannya.

Saidatina Fatimah kemudian datang menemui ayahandanya baginda Rasulullah s.a.w untuk meminta seorang pembantu. Akan tetapi dia tidak berjaya menemui Rasulullah s.a.w dan hanya bertemu dengan Saidatina Aisyah.


Kemudian Saidatina Fatimah meninggalkan permintaannya kepada Saidatina Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah. Apabila Rasulullah tiba di rumah, Saidatina Aisyah pun memberitahu Baginda tentang permintaan puterinya.

Lalu Baginda telah pergi menemui puteri serta menantunya yang ketika itu telah berbaring di tempat tidur. Keduanya mahu berganjak bangun ingin menghampiri baginda akan tetapi Rasulullah meminta mereka tetap di tempat perbaringan.

Lalu baginda bersabda; “Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906)

Maka disaran kepada ibu-ibu yang berasa penat setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan Zikir/Tasbih Fatimah ini setiap malam sebelum melelapkan mata.

ZIKIR/ TASBIH FATIMAH

Allahu Akbar – 34 kali

Subhanallah – 33 kali

Alhamdulillah – 33 kali

Dalam pada itu sentiasalah didiklah hati untuk ikhlas melakukan semua tanggungjawab agar tidak merasakan ia sebagai bebanan yang memenatkan.


from Sehinggit Media News https://ift.tt/35bBEsx
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2u5tndb
via merahhaticintaku.blogspot.my

Suami Kena Faham, Isteri Adalah Makhluk Paling Laparkan Perhatian


Perempuan bila tak dipujuk, dia marah. Dan bila dah dipujuk, dia semakin merajuk. Ada masanya, isteri akan menjadi sangat sensitif

Tiba-tiba boleh menjadi pemarah, dan kadangkala menangis tanpa sebab yang pasti. Ini apa yang isteri anda mahukan dari seorang yang bernama suami.

1. Isteri Adalah Makhluk Yang “Laparkan” Perhatian

Berapa kali anda buat kerja lain apabila berbual dengan mereka?

Adakah anda selalu menjawab soalan mereka secara sambil lewa dan menjawab lain apa yang ditanya?

Sebenarnya sifat semulajadi wanita adalah mereka sangat menghargai setiap waktu yang mereka luangkan bersama kita.

Mereka mahu kita memberi perhatian dan terlibat sepenuhnya setiap saat dengan mereka. Dengan erti kata lain, mereka laparkan perhatian.

Sebagai suami, seboleh-bolehnya luangkan masa untuk isteri anda.


Fokus kepada mereka.

Pada awal perkahwinan saya, saya selalu mengabaikan perkara ini.

Saya selalu lebih fokus terhadap kerja, sepanjang hari dan sepanjang malam. (menulis adalah satu aktiviti yang mengambil masa yang banyak)

Perkara ini selalu membuatkan isteri saya rasa terabai.

Tetapi setelah mengetahui perkara ini, saya cuba mengimbangi masa bekerja dan masa untuk isteri.

Alhamdulillah, tindakan ini memberi impak kepada kemesraan kami kembali.

Saya tahu perkara ini mungkin agak sukar bagi suami yang selalu bekerja lebih masa, tetapi luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari akan memberi makna yang besar terhadap isteri.

Yang penting, gunakan waktu tersebut untuk perhatian sepenuhnya terhadap mereka.

2. Suami Yang Sentiasa Tenang

Wanita menghargai seorang suami yang dapat mengawal emosi dan terbuka untuk membincangkan isu-isu tanpa meninggikan suara atau mengelakkan diri.

Kematangan emosi dan fikiran adalah apa yang wanita mahu dari kita lebih daripada apa-apa perkara lain.

Menurut Imam Ghazali, jadilah seorang suami yang halim.

‘Halim’ maknanya ialah “sabar”, tidak cepat marah ketika isterinya kurang akal.

Bilakah seorang isteri kurang akal? — Yakni ketika isterinya sedang marah.

Lalu dia bersabar, maka itulah suami yang paling baik..

Jadi, perdengarkan apa yang dikatakan isteri tanpa prejudis dan ambil hati.

Mendengarkan akan membantu isteri melepaskan perasaan yang terpendam, yang mengganggu emosinya.

Walaupun anda tidak mampu menyelesaikan masalahnya – dengarkan dan fahamkan mereka dengan sepenuh hati.

3. Mampu Merendahkan Ego Dalam Diri

Kebanyakkan suami (lelaki), kita tidak dapat lari masalah terlalu ego. Memang benar, didalam rumah tangga kita adalah ketua keluarga.

Kita mahu kelihatan lebih dihormati dan membuktikan kita adalah pemimpin terbaik. Namun, jangan disebabkan ini, kita menjadi seorang yang angkuh, meninggi diri dan kasar.

MUKMIN YANG PALING SEMPURNA ADALAH YANG PALING BAIK AKHLAKNYA. DAN SEBAIK-BAIK KALIAN ADALAH YANG PALING BAIK TEHADAP ISTERI-ISTERINYA.”

- HADIS RIWAYAT AT-TIRMIDZI, DISAHIHKAN OLEH SYEIKH ALBANI

Apa yang isteri perlukan adalah seorang suami yang dapat merendah diri, adil dan sopan dalam melayani isteri.

Jangan sesekali memandang rendah atau menghina mereka dan juga ahli keluarga mereka. Isteri adalah sahabat kita, beri mereka penghormatan yang sewajarnya.

Jagalah hati mereka, insyaAllah dengan keberkatan akan hadir rumah tangga anda.

4. Suami Yang Kuat

Wanita sukakan lelaki yang kuat. Tapi ini tidak bermakna kita harus memukul orang lain yang buat silap dan tergesa-gesa menyelesaikan masalah

Kekuatan yang sebenarnya adalah mampu bersabar, mampu mendengar luahan isteri, dan berupaya serta tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup yang muncul.

Tunjukkan kepada isteri anda bahawa anda sentiasa ada disisinya untuk setiap waktu.

Inilah kekuatan sebenar yang diperlukan oleh seorang isteri.

Sumber : AkuIslam


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2rIL4OQ
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/369e7tQ
via merahhaticintaku.blogspot.my

Creamy Curried Cauliflower Lentil Soup (1 Pot!)

Creamy Curried Cauliflower Lentil Soup (1 Pot!)

This soup is our last recipe of 2019! We couldn’t think of a better final dish to share than a comforting, warm hug in the form of creamy soup in the midst of winter.

This 1-pot soup is a blend of red lentils, ginger, spices, carrots, and cauliflower, making it full of fiber and plant-based protein and big on flavor. Let us show you how it’s done!

This soup starts with sautéing onion, garlic, ginger, and carrot.

Creamy Curried Cauliflower Lentil Soup (1 Pot!) from Minimalist Baker →



* This article was originally published here

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2QyAToc
via merahhaticintaku.blogspot.my

Kuromame (Sweet Black Soybeans) 黒豆

A white and red Japanese bowl containing Kuromame, sweet black soybeans, topped with gold leaf for the Japanese new year's celebration.

The shiny black beans called Kuromame (Sweet Black Soybeans) are served on New Years Day as a part of Osechi Ryori (traditional New Years Meal) in Japan.

READ: Kuromame (Sweet Black Soybeans) 黒豆



from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2Sxoq73
via merahhaticintaku.blogspot.my

“Ramai Wanita Mat Salih Cuba Dekati, Tapi Saya Tolak”


Usianya sudah mencecah 40 tahun, pasti ramai tertanya-tanya bilakah ikon fashion terkenal, Wak Doyok bakal menamatkan zaman bujangnya. Bagaimanapun, Wak Doyok memberitahu dia tidak mahu terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga.

Menurut Wak Doyok, dia kini sedang mencari pasangan hidup dan mengakui ramai wanita mat salih cuba mendekatinya. Namun, Wak berkata ibunya lebih sukakan wanita Melayu.

“Buat masa sekarang saya belum ada calon lagi dan mahu fokus pada perniagaan terlebih dahulu. Tak nak terburu-buru untuk kahwin.


“Ramai juga wanita mat salih cuba mendekati saya tapi kita ada batasan. Ibu saya lebih suka wanita Melayu, cuma mereka yang tak minat saya. Saya tak mencari tapi kalau jumpa yang okay jalan saja. Ibu pun ada tolong carikan juga,” katanya kepada mStar Online.

Berkongsikan ciri wanita idamannya, Wak Doyok memberitahu selain memiliki rupa paras yang cantik dia mahu bakal isterinya seorang wanita yang tahu memasak kerana dia tidak suka makan diluar.

“Mestilah kita nak yang cantik tetapi yang paling penting dia boleh masak sebab saya tak suka makan di luar.

“Selain itu, dia kena jaga dan terima saya seadanya, itu pun sudah mencukupi. Kalau boleh saya tak nak isteri yang aktif di laman sosial,” katanya.

Sumber: ROTIKAYA


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2Q6bLGx
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2t9wMXM
via merahhaticintaku.blogspot.my

Seorang Isteri Akan Kekal Cantik Bila Suami Mencintai Semua Kekurangannya

Gambar Hiasan

Ada orang mengatakan, tidak kira berapa lama sudah berkahwin, isteri akan tetap cantik dan menawan di mata suaminya apabila suaminya tidak lupa memberi wang pada isterinya, isteri menjaga kecantikan, bila suami memberikan dana yang cukup untuknya merias diri.

Sebenarnya, semua itu tidak begitu penting, kerana seorang wanita yang cantik secara semula jadi masih akan tetap cantik di mata seseorang lelaki itu, jika lelaki itu sendiri selalu melihat keindahan wanitanya dengan cinta ikhlas tanpa batasan. 

Jadi ingat dengan baik, isteri anda tetap cantik jika anda sebagai suami tidak pernah berhenti menyayanginya dengan semua kekurangannya.

Isteri akan tetap cantik jika anda selalu melihatnya dari segi kebaikan dan keikhlasan mengurus anda, menjaga anak-anak anda, dan menjaga rumah supaya tetap cantik apabila anda pulang dari kerja. 

Isteri anda akan sentiasa kelihatan cantik di mata anda jika anda sentiasa bersyukur kerana kehadirannya.


Kerana tidak kira apa keadaannya, isteri anda akan sentiasa kelihatan cantik di mata anda jika anda sentiasa bersyukur dan terus bersyukur atas kehadirannya yang selalu dengan tulus menjaga anda. 

Walaupun dia tidak seperti ketika anda pertama kali bertemu dengannya, tetapi sebenarnya semua itu berubah kerana dia terlalu tertumpu kepada membuat anda gembira, gembira dengan anak-anak anda, jadi tidak ada hati untuk merungut tentang perubahan itu.

Isteri anda akan sentiasa kelihatan baik di mata anda, apabila anda sentiasa melihatnya dengan sempurna. Isteri anda akan sentiasa kelihatan baik di mata anda, apabila anda sentiasa melihat kekuatannya, kebaikan, ketulusan, dan pengorbanan yang sempurna. 

Oleh itu, bijaklah untuk mengekalkan kekacauan, kebosanan dalam perhubungan, kerana pasti semua orang merasakannya, dan mudah-mudahan anda sentiasa boleh bertarung dengan kebijaksanaan hatimu.

Sekali lagi, kekurangan isteri anda akan dilindungi dengan baik, jika anda sendiri selalu menerimanya dengan penuh keikhlasan. Kemudian bersungguh-sungguh di setiap saat, supaya setiap kali cinta yang berada di dalam hatimu tidak pernah pudar dan tidak membuat anda mengeluh.

Jadi, pastikan anda selalu mencintai isteri anda dengan ikhlas dan sebaliknya, cintai suami anda dengan tulus dengan segala kekurangannya, menghargai semua usahanya untuk membuat anda bahagia, dan bersyukur dengan kehadirannya.

Sumber: Aliff Channel


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2ZzqGfB
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3513asQ
via merahhaticintaku.blogspot.my

Masjid Di Pulau Pinang Tak Benarkan Solat Subuh?


SEJAK kelmarin, tular satu memo yang menyatakan waktu operasi para jemaah di Masjid York Road di Pulau Pinang telah dihadkan daripada pukul 9.30 pagi sehingga 9.30 malam sahaja berkuat kuasa pada 31 Disember ini.

Berdasarkan perakuan yang ditandatangani, memo itu dipercayai dikeluarkan oleh pihak pengurusan masjid tersebut sendiri.

Dalam pada itu, seorang individu yang mendakwa sebagai ahli kariah masjid terbabit memohon bantuan warga maya menyebarkan tindakan yang dianggap didalangi oleh ‘kumpulan Yahudi’ itu.

Berikut adalah kenyataan beliau:

Berita Yang Sangat Pedih

Tuan-tuan yang mulia, tolong bantu kami di Masjid York Road. Mulai pada 31 Disember 2019 masjid akan dikunci pada pukul 9.30 malam dan akan dibuka pada 9.30 pagi.

Bermakna subuh tidak dibenarkan untuk solat, jadi kami mahu solat juga walaupun di luar pagar. Datanglah dan viralkan berita ini melalui media sosial supaya Allah tahu bahawa di Penang (Pulau Pinang) ini ada Yahudi yang masih aktif.


Kita marah kepada Yahudi di Palestin sementara lupa kepada Yahudi yang ada di depan mata. Pengerusi dan AJK (Ahli Jawatankuasa) semua orang luar yang jarang sembahyang di Masjid York Road. Jika mereka hendak bermesyuarat, mereka sembahyang di masjid lain yang ada ‘aircond’ lepas tu baru datang ke Masjid York Road untuk bermesyuarat.  ‘Aircond’ masjid hanya untuk depa (mereka) bermesyuarat saja. Jadi kita jemput tuan tuan pagi 31 Disember 2019 untuk kita solat bersama di luar masjid. Dan viralkan di media sosial. Terima kasih.

Kenyataan itu menerima reaksi segera Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Abdul Malik Kassim.

Dalam kenyataannya, beliau berkata, semua masjid perlu dibuka untuk solat fardhu lima waktu sekurang-kurangnya kerana itu adalah asas fungsi masjid seperti yang termaktub dalam Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Kariah (Negeri Pulau Pinang) 1997 – Kaedah 35 iaitu:

Masjid hendaklah digunakan sebagai:

a) Tempat orang Islam beribadat terutama untuk solat fardhu lima waktu, solat Jumaat dan solat-solat lain

b) Pusat kegiatan Agama Islam dan Pembangunan Ummah dan

c) Pusat sumber maklumat penduduk dan maklumat tentang MAINPP dan maklumat lain.

Sehubungan itu, Abdul Malik menasihati dan memperingatkan semua pengerusi dan AJK kariah bahawa bidang tugas dan kuasa pentadbir masjid, tanah wakaf dan tanah perkuburan yang dijalankan adalah bagi pihak atau wakil MAINPP seperti termaktub dalam Kaedah 3 & 8.

“Setiausaha MAINPP melalui Pegawai Agama Daerah Timur Laut akan menjalankan siasat dan mengeluarkan arahan selanjutnya.

“Saya menganggap notis (memo) operasi masjid yang dikeluarkan oleh pengerusi yang bertarikh 24 Disember itu tidak terpakai berdasarkan Kaedah 35 Fungsi Masjid,” katanya lagi.

Beliau turut menyifatkan kenyataan ‘Berita Yang Sangat Pedih’ sebagai tidak bertanggungjawab dan cuba memburukkan keadaan.

“Sepatutnya orang berkenaan melaporkan tentang notis itu kepada yang bertanggungjawab untuk diselesaikan dengan berhemah dan tertib bukan dengan memburukkan lagi keadaan.

“Saya menganggap orang yang menulis artikel ini berniat jahat dan ingin mencetuskan keadaan tidak baik dalam kalangan ummah dan memburukkan imej Islam dan pentadbiran Islam di Pulau Pinang,” katanya.

Jelas beliau, pihak masjid juga akan diberikan ruang untuk membuat penjelasan berhubung perkara yang berlaku.

Sumber: https://ift.tt/2tbEBw2


from Sehinggit Media News https://ift.tt/368uJ4G
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/352kCNz
via merahhaticintaku.blogspot.my