Wednesday, 30 August 2017

Adakah Gadis Penzina Jodohnya Seorang Lelaki Penzina Juga? Baca Jawapan Dr. Zaharuddin Abd Rahman Ini..


Saya nak bertanya adakah seorang gadis yang pernah membuat zina, tetapi telah bertaubat dengan sesungguhnya. Adakah dia akan mendapat jodoh penzina juga. sedangkan dia benar-benar telah bertaubat dan berusaha menjadi wanita solehah.

-Gadis Muslimah-

Jawapan

Saya rasa saya telah pernah mengulas isu-isu seperti ini sebelum ini:

1. Penzina : boleh percayakah taubat mereka?
2. Bolehkah berkahwin dengan tunang pernah berzina

Namun ringkasan jawapan saya kali ini bagi muslimah yang bertanya. Allah maha mengetahui, jika seseorang sudah bertaubat dengan sebenar-benarnya (Taubat Nasuha), nescaya bukti nyata dan jelas akan hasil taubatnya yang tulen adalah dengan perubahan seluruh gaya hidupnya yang berkaitan hubungan lelaki dan wanita.

Jika seseorang mendakwa atau merasa diri sudah bertaubat, namun gaya hidup lamanya seperti :-

Rutin hubungan kawan dan rakan dengan lelaki masih aktif,
Masih keluar makan, berjalan berdua-duaan dengan lelaki samada urusan kerja atau peribadi
Masih ber ‘boyfriend’ aktif dengan dating dan chatting intim di malam hari, cuma kononnya kali kini dengan seorang ‘ustaz’ atau seseorang yang ‘jaga solat lima waktu’.

Jawapnya: Peluang untuk mendapat suami penzina akan masih terbuka luas seperti dahulu..

Taubatnya mestilah dengan perubahan ketara dalam semua gaya hidup dan cara hubungannya dengan lelaki. Cara pakaiannya juga sepatutnya berubah, mungkin dari membuka aurat kepada tutup, dari tutup separa kepada tutup penuh, dari tudung glamour ala-ala munafiq (hakikatnya membuka aurat) kepada tudung muslimah sejati. Benar, memang masa diberikan untuk proses beransur bagi yang kurang ‘kuat’ tetapi mestilah bergerak ke arah lebih baik.

Hanya dengan demikian, mata-mata lelaki soleh akan mula melihat dan masuk menghantar wakil kepada ibubapanya.

Mata lelaki yang baik tidak ingin melihat kepada wanita yang bercampur baur dengan teman lelaki sekerja, berlaga bahu, , ‘bertepuk bertampar’, bergurau senda, berdating sana sini berdua-duaan. Kecuali mata lelaki ‘soleh’ luarannya (penampilan fizikalnya) namun ‘tidak soleh’ dalamannya, mereka yang seperti ini akan terus berminat kepada mana-mana jenis wanita.

Akhirnya, Allah SWT berfirman

Lelaki-lelaki yang berzina tidak akan mengahwini melainkan wanita yang berzina, atau wanita musrik dan wanita yang berzina tidak akan mengahwini lelaki kecuali yang berzina atau musyrik.’ – An-Nur : 3

Dalam ayat lain firman Allah SWT

Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.. – An-Nur : 26

Ayat di atas menyebabkan ulama berbeza pandangan dalam hal berkahwin dengan sesorang yang telah berzina. Ayat di atas secara sepintas lalu, kelihatan mengharamkan berkahwin dengan kumpulan penzina ini kecuali seorang penzina juga.

Walaubagaimanapun, menurut pandangan yang terkuat; hukum ayat di atas telah di ‘nasakh’ kan dengan ayat yang mengharuskan berkahwin dengan semua muslim dan muslimah yang masih boleh berkahwin. Iaitu ayat surah An-Nur ayat 32 . Ia adalah pandangan majoriti ulama menurut Imam Al-Qurtubi. (Al-Jami’ li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 6/112 ; cet Dar al-Kutub al-Ilmiah )

Perlu diingat juga, terdapat sesetengah keadaan Allah swt memberikan jodoh lelaki atau wanita ‘jahat’ kepada individu yang baik atau amat baik. Ia juga tidak bercanggah dengan ayat diatas. Hikmah yang Allah maha mengetahui..amat besar kemungkinan yang soleh tersebut berjaya menjadi lebih soleh dan musleh apabila mendapat pasangan kurang baik. Lantaran pengaruh dan kekuatannya, hingga beliau menjadi semakin tinggi martabatnya di sisi Allah manakala pasangannya yang jahat menjadi soleh dan solehah. Tatkala itu, pasangan individu kurang baik boleh sahaja menjadi anugerah terbesar buat sebilangan individu yang terpilih menjadi lebih baik dengannya.

Namun boleh berlaku juga sebaliknya, yang jahat bertambah ultranya, yang baik merudum jatuh. Nauzubillah

Sumber : Dr. Zaharuddin Abd Rahman


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2wnN6ln
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2iHhjZj
via merahhaticintaku.blogspot.my

Harga Petrol Naik 1 Sen, Diesel Naik 3 Sen


Harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 naik 1 sen seliter manakala diesel naik 3 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini.

Menurut portal Paultan.org, harga terkini RON95 ialah RM2.16 seliter berbanding RM 2.15 seliter manakala harga RON97 ialah RM 2.44 seliter berbanding 2.43 seliter.

Harga jualan diesel pula ialah RM 2.04 seliter berbanding RM2.01 seliter.

Harga baru bahan api itu berkuat kuasa dari 31 Ogos 2017 hingga 6 September 2017.




from Sehinggit Media News http://ift.tt/2vrvAza
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2wRSsZ7
via merahhaticintaku.blogspot.my

Inilah 7 Cara Erdogan Mendaulatkan Islam Di Turki Di Bawah Pemerintahannya


Negara Turki moden dilahirkan dari kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah yang menyebabkan penghapusan khilafah Islam. Kemal Atatürk yang dikenali sebagai pengasas Turki memperkenalkan beberapa pembaharuan yang telah mengurangkan peranan Islam di negara ini. Madrasah ditutup, pakaian keagamaan diharamkan, azan diubah dari bahasa Arab ke Turki dan sejumlah undang-undang sekular lain diperkenalkan.

Turki kekal menjadi negara sekular untuk beberapa dekad dan juga untuk hari ini. Walau bagaimanapun, Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) yang berkuasa di bawah pimpinan Recep Tayyip Erdogan, bekas Perdana Menteri dan kini Presiden telah menghapuskan beberapa undang-undang yang diperkenalkan oleh Atatürk dan sedang berkuatkuasa, menjadikan Turki lebih Islamik.

Disiarkan Laicikang.com seperti dipetik dari beberapa sumber, berikut adalah 7 “dosa” Erdogan sebagai Presiden Turki yang menyebabkan musuh besar Islam kepanasan!

1. Beribu-ribu Masjid yang dibina


Kompleks Masjid Çamlıca yang boleh memuatkan seramai 35,000 yang sedang dibina (Foto: Ali Aksoyer / Istanbul)

Kompleks Masjid Çamlıca yang boleh memuatkan seramai 35,000 yang sedang dibina (Foto: Ali Aksoyer / Istanbul)

Menurut The Atlantic, 17,000 masjid baru telah dibina oleh kerajaan Turki antara tahun 2002 – 2013. Banyak lagi Masjid yang kini sedang dibangunkan di seluruh negara dan jumlah yang banyak telah dibelanjakan untuk membaik pulih masjid-masjid pada era Uthmaniyyah.

2. Menghapuskan larangan berhijab

(Pelajar perempuan di sekolah Imam-Hatip)

Hijab telah diharamkan dalam sektor awam, yang menyebabkan guru, peguam, ahli parlimen dan lain-lain yang bekerja di institusi dalam negara dari memakainya. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Parti Keadilan dan Pembangunan telah menghapuskan larangan memakai Hijab di sekolah-sekolah dan institusi-institusi negara. Pada bulan November 2015, seorang hakim wanita menjadi wanita pertama yang mengadakan perbicaraan di Turki memakai tudung (Al Arabiya).

Pada bulan Ogos 2015, Aysen Gurcan menjadi menteri pertama yang memakai Hijab (Al Arabiya).

3. Satu Juta Pelajar didaftarkan di Sekolah Imam-Hatip


Sekolah Imam-Hatip adalah institusi pendidikan vokasional yang direka untuk menyediakan pendidikan agama dan melatih Imam. Imam Masjid di Turki dilantik oleh kerajaan dan banyak Imam dilatih di sekolah Imam-Hatip. Sekolah-sekolah ini ditubuhkan selepas Madrasah diharamkan di bawah pembaharuan Atatürk.

Pada tahun 2002, terdapat 65,000 pelajar yang terlibat dalam sekolah Imam-Hatip. Jumlah itu meningkat kepada 658,000 pada tahun 2013 dan baru-baru ini, Bilal Erdoğan yang menerajui perkembangan sekolah Imam-Hatip mengumumkan bahawa jumlah pelajar kini telah mencapai satu juta (The Analyst Turkey).

4. Mewajibkan pendidikan agama

(Foto: Agence France-Presse / Getty Images)

Kelas pendidikan agama wajib di seluruh sekolah Turki telah diperkenalkan oleh kerajaan. Kursus mengenai “kehidupan Nabi Muhammad”, dan “Al-Qur’an” juga telah diperkenalkan (The Analyst Turkey).

Presiden Erdogan dipetik berkata:

“Kami mahu membesarkan seorang pemuda agama,”

“Adakah anda menjangkakan parti konservatif demokrat AK Parti ini untuk membesarkan generasi ateis? Itu mungkin urusan anda, misi anda, tetapi bukan kami. Kami akan membesarkan generasi konservatif dan demokratik yang merangkumi nilai dan prinsip negara. ”

5. Had umur untuk Kursus Al-Quran dihapuskan

Kanak-kanak harus berumur sekurang-kurangnya 12 tahun sebelum mereka dapat mengikuti kelas Qu’ran. Ini dimansuhkan oleh kerajaan pemerintah Turki yang membenarkan anak-anak muda menghadiri kelas Al-Quran. Pada tahun 2013, satu projek telah dilancarkan untuk penyediaan “kursus Al-Quran untuk kanak-kanak prasekolah.” (The Analyst Turkey).

6. Sekatan dikenakan ke atas jualan dan iklan alkohol

Turki sekular sebelum ini telah membenarkan penjualan alkohol walaupun di negara majoriti Islam ini. Parti Keadilan dan Pembangunan meluluskan rang undang-undang pada tahun 2013 memperkenalkan larangan pengiklanan alkohol dalam jarak 100 meter dari masjid atau sekolah.

Mengaburkan gambar alkohol dalam televisyen dan dalam filem juga mandatori (Reuters).

Asrama pelajar, institusi kesihatan, kelab sukan, institusi pendidikan dan stesen minyak diharamkan menjual alkohol di premis dan semua penjualan alkohol selepas 10 malam diharamkan di mana-mana sahaja. (Hurriyet Daily News).

7. Pengembangan perbankan Islam

Perbankan Islam telah berkembang dengan pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Bank Ziraat milik negara dijangka mempunyai 170 cawangan menjelang 2018 (Daily Sabah).

Pernah satu ucapan, Presiden Turki telah menggelar sistem perbankan berasaskan faedah ‘kejam’ dan bercakap tentang manfaat perbankan Islam:

“Jika kita melangkah ke hadapan, kita perlu membesar dalam sistem penyertaan yang sebenar dan bukannya kejam ini. Kewangan Islam adalah sistem yang sama sekali berbeza dari sistem perbankan ketika ini dari segi strukturnya yang disokong aset, pergantungannya terhadap perkongsian risiko. Saya percaya bahawa sistem ini akan menjadi penggerak di belakang ekonomi Turki.”

Share jika bermanfaat 

Sumber: Laicikang.com


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2wRY85h
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2gqy8ap
via merahhaticintaku.blogspot.my

Kami Minta Maaf Gagal Menang Emas Untuk Malaysia...


TIADA perkataan yang dapat menggambarkan betapa kecewanya pengendali skuad bola sepak Sukan Sea negara, Datuk Ong Kim Swee selepas pasukannya gagal memenangi pingat emas kecundang kepada Thailand 0-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Menurut laporan Sinar Harian, deretan percubaan selain kemampuan skuad negara mendominasi perlawanan masih belum cukup untuk Harimau Muda memenangi perlawanan sebaliknya dihampakan dengan jaringan sendiri oleh penjaga gol, Haziq Nadzli.


Kata Kim Swee, pemainnya sudah memberikan segalanya namun berasa seolah-olah dihukum dengan kekalahan tersebut.


"Memang saya tak gembira apabila tak menang emas.Tetapi saya tahu pemain sudah memberikan segalanya.

"Kami beri cabaran kepada Thailand walaupun sedar mereka pasukan yang kuat. Namun, saya tidak tahu di mana silapnya apabila kami gagal mencipta gol selain kami tewas kerana gol sendiri,"katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Namun, Kim Swee enggan menyalahkan penjaga golnya yang memberikan gol kemenangan kepada Thailand.

"Memang sukar apabila situasi ini terjadi kepadanya.Tetapi dia tidak boleh dipersalahkan.Semua orang boleh buat kesilapan sebegitu," katanya.

Justeru, Kim Swee mahu pemainnya pandang kehadapan dan melupakan kekalahan tersebut selain menumpukan kepada saingan AFC di China.

"Pemain menunjukkan aksi yang baik berbanding ketika kami tewas kepada Thailand 3-0 pada kelayakkan AFC di Bangkok bulan lalu.

"Kami perlu pandang ke hadapan untuk perlawanan di China nanti dan saya harap penyokong terus memberikan sokongan," katanya.

Sementara itu, pengendali Thailand, Worrawoot Srimaka mengakui pasukannya bernasib baik memperoleh gol kemenangan hasil kesilapan penjaga gol Malaysia.

"Saya gembira dengan kemenangan ini walaupun gol itu dianggap bertuah.

"Malaysia memberikan cabaran sengit tetapi kami lebih layak untuk menang malam ini," katanya.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2x4cajD
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2xxfEZV
via merahhaticintaku.blogspot.my

(VIDEO) KL Kecoh, Rohingya Turun Padang Demo


Lebih 1,000 warga Rohingya hari ini mengadakan perhimpunan aman di Ampang Park, Kuala Lumpur bagi membantah kekejaman rejim Myanmar yang masih berterusan menindas etnik itu.

Mereka bersolidariti seawal jam 11 pagi dan kemudiannya berarak menuju ke Kedutaan Myanmar bagi menyerahkan memorandum bantahan yang diketuai beberapa NGO.

Namun, mereka bersurai selepas menghantar memorandum kepada kedutaan.


Sumber: Kini TV


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2xxatZE
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2whsAnX
via merahhaticintaku.blogspot.my

Wani Kayrie Dedah Cinta, Akui Rapat Dengan Pemain Bola JDT


Seorang lagi artis yang dikaitkan bercinta dengan pemain bola sepak. Peminat jadi tak keruan bila bila mendengar tentang spekulasi percintaan penyanyi Wani Kayrie.

Semuanya gara-gara sekeping gambar yang dimuat naik Wani di Instagram bersama pemain bola sepak JDT, Safawi Rasid.

Bukan senang nak nampak Wani bersikap terbuka macam ni, lebih-lebih lagi dari awal kemunculannya sebagai artis dia jarang sekali berkongsi gambar dengan lelaki.

Ada juga yang mendakwa pernah ternampak Wani pernah datang sendiri ke stadium untuk menyaksikan Safawi bermain bola.

Amboi, macam betul-betul serius je hubungan mereka berdua? Ini jawapan Wani.


"Sebenarnya kami kawan sahaja. Kami kenal pun melalui Instagram je. Memang niat kami pada mulanya mahu berkawan sahaja. Saf sendiri tak kisah kalau saya berterus-terang pada semua tentang hubungan persahabatan kami. Dua-dua masih muda, jadi soal cinta kami ketepikan dulu," katanya pada Media Hiburan.

Tambah pelantun lagu Jangan Jangan ini lagi tujuannya memuat naik gambar tersebut cuma untuk berkongsi kegembiraan dan bukannya untuk membuka rahsia hubungan mereka.

"Jujur saya katakan, sejak kenal dengan dia saya jadi minat pasal bola. Ibu saya pun ikut sama turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan."

Kalau betul ada hubungan istimewa pun apa salahnya kan. Doakan sahaja yang baik-baik untuk mereka berdua.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2wROLCw
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2xxuuPN
via merahhaticintaku.blogspot.my

'Kerana Kau, Mak Bapak Aku Nak Bercerai!' - Anak Serang Dan Belasah Kekasih Gelap Bapanya


CHINA - Anak mana yang tak sayang hubungan keluarganya? Pastinya pedih dan sedih apabila melihat ibu bapa tidak sefahaman atau bertengkar dan dalam masa yang sama anak-anak tidak dapat memujuk kedua-duanya untuk segera berdamai. 

Seorang lelaki dari Henan, bertindak membelasah kekasih gelap bapanya di tengah jalan raya yang sibuk sambil diperhatikan oleh orang awam yang melalui jalan itu, lapor Shanghaiist. 

Video kejadian itu kemudian viral di media sosial, menunjukkan lelaki terbabit menarik rambut dan mengheret wanita yang dipercayai berusia lingkungan 40-an itu ke tengah jalan sebelum membelasahnya. 



Wanita terbabit diumbuk di bahagian perut, kepalanya ditampar dan ayat-ayat caci maki dilemparkan terhadapnya oleh anak teman lelakinya. 

Lelaki berkenaan kemudian mengheret wanita itu kembali ke tepi jalan dan terus membelasahnya bertubi-tubi tanpa belas kasihan. 

Kejadian itu disaksikan oleh orang ramai yang hanya melihat sahaja tanpa tampil menghalang lelaki itu tau membantu wanita itu. 


Menurut saksi kejadian, lelaki berkenaan membelasah kekasih gelap ayahnya, serta menyalahkan kehadiran wanita itulah yang menyebabkan ibu bapanya kini mahu bercerai. 

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut yang didedahkan dan polis kini sedang menyiasat kejadian itu dan mengenal pasti motif lelaki berkenaan.

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2wRRuft
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2wS5pSO
via merahhaticintaku.blogspot.my