Tuesday, 28 February 2017

Harga RON 95 & RON 97 Kekal, Diesel Naik 5 Sen Untuk Mac 2017


Kuala Lumpur, 28 Feb - Harga bagi petrol RON 95 dan RON 97 kekal manakala harga bagi diesel naik lima sen bermula tengah malam ini, lapor akhbar Oriental Daily.

Ini bermakna, pada bulan Mac, harga RON 95 kekal pada RM2.30 seliter, RON 97 kekal pada harga RM2.60 seliter dan diesel naik lima sen kepada RM2.20 seliter.

Sumber: Siakap Keli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2m2pCyW
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2m2cBFG
via merahhaticintaku.blogspot.my

5 Alasan Agar Berwaspada Apabila Berkawan Dengan Wanita Kelantan


Sila waspada dan awas apabila berkawan dengan wanita dari Kelantan. Kerana apa? Untuk itu anda perlu baca post ini dengan teliti dan penuh ketenangan. Saya akan berikan lima alasan untuk anda terutama lelaki supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati apabila berkawan dengan wanita yang berasal dari Kelantan, apatah lagi andai anda menjalinkan hubungan serius dengannya.

Hoho .. saya pernah berkawan dan bercinta dengan wanita atau gadis dari Kelantan. Ketika itu, saya berada di tahun akhir pengajian di IPT. Memang tidak disangkal, gadis dari Kelantan memang lawa-lawa dan cantik. Kata kawan saya, gadis Kelantan dari Pasir Mas adalah yang paling cantik. Kata dia lagi, kebanyakkannya; disebabkan oleh kahwin campur dengan pedagang Arab satu ketika dahulu.

Kecantikan Wanita Kelantan

Kalau anda perhati betul-betul, itulah antara sebab ramai wanita dan gadis Pasir Mas yang mempunyai hidung mancung dan kulit putih cerah, serta mempunyai warna mata yang menawan iaitu berwarna coklat kebiruan dan kelabu, lengkap dengan alis mata dan kening hitam serta tebal, seolah memakai celak. Kemudian, kulit dan tangan mereka nampak gebu dan kelihatan lembut. Ma Sha Allah.

Mungkin ramai yang tahu, antara wanita atau gadis Kelantan yang cantik ialah Neelofa, dan selebriti ini sememangnya berasal dari Pasir Mas.

Cantik-cantik, tapi awas … berkawan dengan wanita dan gadis Kelantan memang ada risiko. Sepertimana saya, bercinta bagai nak rak, tetapi akhirnya putus cinta tak sampai pun setahun menjalinkan kemesraan .. sob .. sob…. huwaaaaa … uhuk..uhuk.

Ok, saya nak kongsikan sedikit info am yang mungkin tidak 100% benar, namun kalau mengikut perkembangan dan pemerhatian semasa, mungkin ada daripada anda yang akan bersetuju dengan lima alasan ini …

Elakkan Menipu Wanita Kelantan Dalam Hal Berniaga

Uhh .. wanita Kelantan memang bijak berniaga. Tak perlu jenguk jauh-jauh, anda pergi sahaja ke Pasar Khadijah … di situ sudah nampak bukti bahawa wanita Kelantan memang hebat dalam berniaga. Bukan setakat berniaga kecil-kecilan, berniaga besar-besaran pun hebat .. tak percaya? Lihat sahaja Neelofa, Datuk Sri Vida dan ramai lagi. Kalau anda didapati menipu dalam bab berniaga ni, awas … anda mungkin akan berhadapan dengan masalah …. hehehe.

Mereka Sangat Menggoda

Walaupun mereka tidak berwatakan gelenya atau gatal, tetapi mereka mempunyai penampilan yang cukup menggoda. Tak perlu nak tergedik-gedik seperti sesetengah wanita dan gadis … wanita Kelantan menerusi kecantikan semulajadi sudah cukup untuk membuatkan lelaki tergoda. Malah, ada ramai perempuan yang menjadikan wanita dan gadis Kelantan sebagai idola mereka .. tak percaya? Lihat sahaja Neelofa .. huhuhu. Jadi, awas .. anda mungkin mudah tergoda dengan mereka.

Sangat Berdikari

Ada masa saya akan menonton rancangan BersamaMu TV3, menerusi rancangan itu … setiap kali disiarkan kisah keluarga yang bermasalah terutamanya di Kelantan, maka akan muncullah satu ‘ikon’ wanita yang sangat berdikari dalam membantu keluarga. Wanita Kelantan juga terkenal dengan sikap mereka yang rajin berusaha dalam mencapai sesuatu kejayaan …. mereka boleh hidup dengan hebat tanpa bantuan lelaki. Tidak percaya? Anda lihat sendiri pengasas produk Qu Puteh …. huhu. Jadi, awas … lelaki mungkin tidak penting dalam hidup wanita dan gadis dari Kelantan (dalam aspek untuk sara kehidupan).
Manisnya Mulut dan Lembutnya Tutur Kata

“Aduh… sakitnya tuh di sini .. di dalam hatiku ..” haha… tetiba teringat kisah lampau ketika bercinta dengan gadis Kelantan. Yeap … memang benar, kebanyakkan wanita dan gadis dari Kelantan bermulut manis dan lembut tutur kata. Mereka bijak menggunakan ayat sehingga membuatkan ramai boleh cair dan terpikat, hatta bila berbicara di dalam loghat Kelantan. Kalau tidak, masakan saya boleh jatuh hati … kui kui kui …. nak minta break pun, boleh menerima dengan lapang dada (ketika itu) seadanya. Jadi, awas dengan bicara wanita Kelantan … huhuhu .. cubalah masuk ke gerai-gerai yang ada di Pasar Khadijah, dan anda akan tahu apa maksud saya.

Berani

Wanita dan gadis dari Kelantan memang berani. Malah, kadangkala lebih berani dari mana-mana lelaki ….hmmm pernah tengok video viral wanita Kelantan bertumbuk dan berterajang tak? Ngeri tak? Uhh .. dalam kelembutan seorang wanita dan gadis dari Kelantan, ada ‘kekerasan’, kecekalan dan keberanian. Jangan main-main, anda mungkin jadi ‘mangsa’ mereka. Lihat sahaja keberanian yang ada pada seorang pengasas produk kecantikan yang popular di Malaysia, pengasas Qu Puteh .. lihat betapa beraninya beliau sehingga berjaya mengecat Stadium Kelantan dengan warna pilihannya … malah, jersi pasukan bolasepak Kelantan pun dia ubah … fuh memang powerrrr!! Mereka juga berani mengambil peluang tanpa fikir risiko dengan mendalam …

Okeh … amacam? Agak-agak relevan tak dengan apa yang saya kongsikan ini dengan kewaspadaan yang perlu ada apabila berkawan dengan wanita dan gadis dari Kelantan?

Sumber : Hairulhassan.com


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2mzOOuu
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2mGlZvz
via merahhaticintaku.blogspot.my

Rakyat Terbeban Dengan Harga Minyak Pemimpin Pula Hidup Mewah Sindir Ahmad Idham.


Pelakon yang juga pengarah filem, Ahmad Idham tampil mempersoalkan kenapa Malaysia sebagai sebuah negara yang mengeluarkan minyak, rakyat terbeban dengan kenaikan minyak namun dalam masa yang sama pemimpin masih mampu menjalani kehidupan yang mewah.

Perkara itu disuarakan oleh pengarah tersebut menerusi akaun twitternya. Status tersebut telah diretweet sebanyak 4,492 kali setakat artikel ini ditulis.

Sebelum ini, beberapa hari yang lepas Ahmad Idham telah diserang oleh sekumpulan penyokong Najib Razak berikutan kritikannya terhadap BRIM.

Dalam ulasannya tentang BRIM, Ahmad Idham mempersoalkan kewajaran kerajaan memotong kuota pinjaman pelajar namun masih mampu meneruskan pemberian BRIM.

"Sudahla belia nak belajar kena pinjaman, kuota pinjaman pula dipotong. Tapi angka KDNK kata ekonomi sihat. Macam tak realistik je. Kesian belia", kata Ahmad Idham yang dipetik dari status Twitternya.

"Sedih saya tengok wajah belia-belia ini yang nak sambung belajar tapi tiada kuota pinjaman untuk mereka. Seolah-olah hancur harapan mereka untuk belajar", katanya lagi.

BRIM ialah bantuan one-off kepada kumpulan keluarga yang bergaji bawah 4,000 sebulan dan kumpulan bujang yang bergaji bawah rm2,000 sebulan dan berusia 30 tahun ke bawah.

Ramai pihak mempersoalkan kewajaran kerajaan memberikan BRIM kepada kumpulan bujang dan berpendapat BRIM bujang harus dihapuskan sebaliknya digantikan dengan satu program bantuan yang lebih memanfaatkan peranan belia dalam institusi kemasyarakatan berbanding meraih undi populis dengan menggunakan BRIM Bujang.

Sumber: otai-bersih


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2mznGvM
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2l7iNge
via merahhaticintaku.blogspot.my

Monday, 27 February 2017

Jatuh Miskin Lepas Suami Gaji RM15 Ribu Meninggal


SIAPA sangka kehidupan serba mewah yang pernah dinikmati keluarga ini suatu ketika dulu hilang sekelip mata, malah mereka mengikat perut hampir setiap hari selepas ketua keluarga meninggal dunia akibat serangan jantung dua tahun lalu.

Keperitan bermula selepas empat hari suami Zainurita Haron, 53, meninggal dunia, dia bersama lima anaknya berusia antara tiga sehingga 27 tahun dihalau dari rumah sewa di Kajang, Selangor.

Zainurita berkata, lima anaknya sudah tamat sekolah, tetapi dua anak angkat yang dibela sejak kecil berusia lima dan 14 tahun masih belajar.

“Suami pergi (meninggal) mengejut dan kami langsung tiada wang simpanan menyebabkan beberapa anak saya menamatkan pengajian kerana tidak mampu menanggung perbelanjaan mereka.

“Semua permohonan bantuan saya ditolak kerana kami dianggap keluarga berada. Ramai tidak percaya keadaan kami, malah ada yang menuduh saya menipu kerana pendapatan suami ketika dia meninggal melebihi RM15,000,” katanya dipetik Harian Metro. 

Zainurita berkata demikian ketika menerima sumbangan Pertubuhan Kebajikan Asnaf dan Setia Kasih (PERKASIH N9) di rumah sewanya di Fasa 1, Bandar Springhill, di sini, semalam.

Katanya, walaupun arwah suami bergaji besar sebagai jurutera cari gali minyak di dua syarikat swasta, dia perlu membayar hutang bagi membebaskan dirinya daripada muflis.

“Sebaik hutang selesai, dia menghadap Ilahi ketika bertugas di pelantar minyak. Apa yang memeranjatkan, majikan suami hanya menyerahkan RM2,000 sebagai kos pengurusan jenazah tanpa sebarang pampasan.

“Saya diberitahu, majikan tidak dapat bantu walaupun suami meninggal ketika bertugas. Rumah kami duduk ini rumah keempat sejak setahun lalu dan pemiliknya memberikan notis untuk kami mengosongkan dalam tempoh seminggu.

“Mana lagi kami nak pindah sedangkan untuk makan pun berjimat,” katanya yang menyewa rumah RM500 sebulan.

Zainurita berkata, sebelum ini dia menjual nasi lemak bagi menampung perbelanjaan namun selepas keretanya rosak sejak tiga bulan lalu, mata pencariannya terputus. 


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2ltc8JD
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2myLkbN
via merahhaticintaku.blogspot.my

Bayi 2 bulan diberi makan pisang & biskut marie sejak usia sebulan, maut




DIBERI MAKAN PISANG & BISKUT MARIE, BAYI 2 BULAN INI MENEMUI ILAHI

Semalam tersebar screenshot whatsapp tentang kematian bayi berusia 2 bulan yang mati dipercayai kerana makan pisang dan biskut marie di Indonesia. Ada orang tanya saya betul ke pisang dan biskut marie boleh menyebabkan kematian tersebut. Ini ulasan saya berdasarkan info terhad pada screenshot whatsapp yang ada.

Info yang ada:
  • Bayi berusia 2 bulan.
  • Diberi makan pisang & biskut marie sejak usia 1 bulan
  • Mati kerana pneumoni berat
  • Perut membusung berdasarkan gambar
Pemberian makanan berbentuk pepejal atau semi-pepejal kepada bayi berusia bawah 4-6 bulan berisiko menyebabkan usus sumbat. Antara tandanya ialah perut membusung (abdominal distension) kerana usus membengkak akibat pengumpulan makanan dan minuman yang terhalang. 

Apabila usus sumbat, risiko untuk bayi muntah-muntah adalah tinggi, lebih-lebih lagi jika pemberian minuman atau makanan tetap diteruskan. Kebiasannya muntah (vomitus) ini keluar mengikut mulut dan kadang-kadang hidung atau tertelan semula, namun ia boleh juga masuk ke dalam saluran pernafasan hingga paru-paru (aspiration into the lung) terutamanya bagi bayi.

Apabila muntah ini masuk ke dalam paru-paru, ia menyebabkan keradangan paru-paru (pneumonia) yang boleh mengakibatkan kesukaran untuk bernafas. Jika radang terlalu teruk (severe pneumonia = pneumoni berat), ia boleh menyebabkan kematian.

Pengajarannya, bukan semua petua atau tradisi boleh diikut bulat-bulat. Jika ada petua yang disahkan merbahaya berdasarkan landasan ilmu, tinggalkan sahaja. 

Elakkan juga daripada jadi baik tidak bertempat dengan memberi makanan kepada anak orang lain tanpa izin ibubapanya kerana anak itu mungkin ada kontraindikasi kepada makanan tertentu. Niat memang baik, tapi caranya salah.

Beri makanan pelengkap pada usia 6 bulan bermula dengan bentuk semi-pepejal, secair yang boleh dahulu, kemudian baru ditambah kepekatannya mengikut kesesuaian.

Jika bayi muntah-muntah dan perut membusung, dapatkan konsultasi di fasiliti kesihatan dengan segera.

Nota 1: Ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan info terhad pada satu screenshot whatsapp sahaja dan bukannya diagnosis atau situasi sebenar selagi tiada pengesahan daripada pihak terlibat.

Nota 2: Ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan info terhad pada satu screenshot whatsapp sahaja dan bukannya diagnosis atau situasi sebenar selagi tiada pengesahan daripada pihak terlibat.

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2lOB4xv
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2m5Gbuk
via merahhaticintaku.blogspot.my

10 Tips Untuk Mengelakkan Anak Kecil Ketagih Gajet Elektronik


Seorang budak perempuan berusia empat tahun di sini, terpaksa menjalani rawatan psikiatri kerana ketagih bermain iPad, sekali gus membuktikan ketagihan dalam kalangan kanak-kanak terhadap gajet elektronik. - Utusan Malaysia

10 Tips Untuk Mengelakkan Anak Kecil Ketagih Gajet Elektronik

#1 – Jangan Beli

Jangan beli tab, Ipad ke apa-apa sajalah untuk anak-anak. Selagi tiada kepentingan guna, usahlah beli. Tidak perlu kenalkan mereka dengan laptop dan komputer di awal usia. Apatah lagi game di internet. Tambah-tambah, bermacam iklan yang tak baik ada di internet.

#2 – Kerap Baca al-Quran

Sejak dari dalam perut, sampai keluar perut ibu, parents kena suka baca Al-Quran. Bukan anak yang baca. Tapi, mak ayah yang duk selalu baca depan anak-anak. Mak ayah baca, anak ikut. Ramai anak belajar meniru melalui apa yang mereka dengar walaupun tak reti membaca.

#3 – Jangan Main Game Depan Anak

Kalau ayah gamer, jangan duk main game depan anak-anak. Seriously kena faham, Allah sebut demi masa, manusia itu dalam kerugian kecuali yang beramal soleh. Kalau main game sampai dua tiga jam, sampai lewat pagi, macam tak ok je. Kena lebih matanglah, dah kahwin kan.

#4 – Bawa Ke Majlis Ilmu

Bawa anak-anak walaupun masih kecil ke majlis ilmu. Ajar mereka pakai pakaian sunnah tutup aurat di awal usia lagi. Bila ayah ibu cinta ilmu, anak-anak pun jadi ikut sama. Insya-Allah.

#5 – Amalkan Beriadah

Bawa anak-anak ke taman permainan untuk beriadah. Atau main saja depan rumah dengan anak-anak. Jangan biarkan anak jadi anti-sosial dengan tab di tangan. Ajarkan anak-anak ikut solat walaupun solat sunat.

#6 – Ajar Berzikir

Ajari anak-anak berzikir yang mudah-mudah. Ayah start, ibu sambung, anak ikut. Sebagaimana ada sebuah keluarga ulama ini, tidak membiarkan anak-anak mereka diam mulut tanpa zikir kerana dibimbangi mulut itu ‘mati’ tanpa mengingati Allah.

#7 – Hadkan Penggunaan TV

Hadkan penggunaan televisyen. Jangan dibiarkan saja anak-anak menonton kartun pagi, petang, dan malam. Kartun dikatakan merangsang minda kanak-kanak, tapi jika terlalu berlebihan, tak elok juga.

#8 – Wajibkan Membaca al-Quran

Wajibkan setiap hari baca Al-Quran. Pesankan pada anak-anak, kewajipan ini ayah ibu amanahkan sampai ke akhir hayat. Baca setiap hari. Bukan setakat di sekolah rendah saja, kemudian berhenti di peringkat seterusnya.

#9 – Tanamkan Sifat Zuhud

Tanamkan dalam jiwa anak-anak, sifat zuhud dan tidak bermewah-mewah. Terus-terang pada anak-anak, ‘keluarga kita orang susah‘. Fahamkan anak-anak, jangan terpengaruh dengan anak-anak orang kaya lain yang suka menunjuk-nunjuk cara hidup mewah mereka. Syukuri apa yang kita ada.

#10 – Kenalkan Dengan Buku Ilmiah

Kenalkan mereka dengan buku-buku ilmiah. Jauhkan mereka dari baca buku kisah-kisah dongeng seperti Cinderella dan lain-lain. Berikan mereka buku-buku ringkas sirah Nabi s.a.w. Ada banyak di pasaran. Bacakan pada mereka sehingga mereka minat. Ambil sedikit masa 10 minit sebelum tidur sebagai contoh cerita tentang Nabi s.a.w.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2ltlVzh
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2liDwJm
via merahhaticintaku.blogspot.my

Suami Patut Berhati-hati Jika Isteri Turut Bekerja Menanggung Belanja Rumah


Soalan; 

Assalamualaikum. Sy ada sedikit kekeliruan tentang nafkah. Semasa di awal perkahwinan, sy pernah memberitahu suami bahawa sy akan membantu suami untuk membayar bil2 utiliti untuk mengurangkan beban suami. Kadang2 sy turut mengeluarkn wang untuk membeli belanja seharian. Setelah beberapa tahun berkahwin, sy dapati pendapatan suami telah meningkat dan sy yakin suami boleh menggunakan wang tersebut untuk membayar bil2 tersebut. 

Masalahnya adalah sekarang suami seolah2 menganggap sy wajib membayar bil2 rumah dan kadangkala turut mengatakan ayat bahawa asyik dia sahaja yang mengeluarkan wang belanja rumah, minyak kereta dan sebagainya. Apabila sy memberitahu itu adalah tanggungjawabnya sebagai suami, dia akan mengungkit bahawa dia telah banyak mengeluarkan duit sendiri. Apakah hak sy sebagai isteri dlm permasalahan ini? Mintak penjelasan ustaz. Terima kasih. 

Jawapan;

Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah.

1. Nafkah bagi kehidupan suami-isteri (iaitu belanja-belanja keperluan hidup untuk mereka) adalah tertanggung sepenuhnya di atas bahu suami. Ia adalah kewajipan suami yang ditetapkan Syariat. Sabda Nabi SAW; “Wajib atas kamu (para suami) menyediakan untuk mereka (yakni isteri-isteri kamu) rezki mereka dan pakaian mereka mengikut kebiasaannya” (Soheh Muslim; 1218. Abu Daud; 1905, dari Jabir bin Abdullah RA). Menurut ulamak; maksud rezki dalam hadis ialah nafkah hidup merangkumi makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya. Hukumnya adalah wajib atas suami.[1] Berkata Imam an-Nawawi; terkandung dalam hadis ini kewajipan (suami) menafkahi isteri dan menyediakan pakaian untuk mereka. Hukum ini telah diijmakkan oleh ulamak”.[2]

2. Digalakkan isteri membantu suami, namun bukan atas dasar kewajipan , tetapi semata-mata ihsan darinya sahaja. Para suami perlu menyedari hakikat ini. Tidak harus mereka memaksa isteri untuk turut sama menanggung nafkah keluarga. Isteri yang engkar kepada arahan suami dalam perkara tersebut tidak dianggap sebagai nusyuz di sisi Syariat. Dalam hal ini suami tidak harus menggunakan kuasa vetonya, sebaliknya mengesyorkan secara baik kepada isteri. Isteri pula jangan keberatan membantu kewangan suami selagi termampu kerana wang/harta yang dibelanja untuk suami dan keluarga akan diberi dua pahala/ganjaran oleh Allah; pahala sedekah dan pahala qarabah. Ini sebagaimana sabda Nabi SAW –tatkala baginda ditanya berkenaan isteri yang membelanjai suami dan anak-anaknya-; “Untuknya dua pahala; pahala qarabah (mengeratkan ikatan keluarga) dan pahala sedekah” (Soheh al-Bukhari; 1466. Muslim; 1000).

3. Apabila suami mengizinkan isteri untuk keluar berkerja, pendapatan isteri adalah milik penuhnya. Tidak harus diambil suami melainkan dengan persetujuannya. Kecuali jika suami mengsyaratkan sebahagian pendapatan hendaklah digunakan untuk belanja rumah sebagai tukaran kepada keizinan yang diberinya untuk keluar berkerja, ketika itu isteri terikat dengan syarat tersebut. Nabi SAW bersabda; “Orang Islam terikat dengan syarat (yang dipersetujui) sesama mereka kecuali syarat yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram” (as-Sunan al-Kubra, al-Baihaqi; 11430, dari ‘Amru bin ‘Auf al-Muzani RA). Tanpa syarat tersebut, kewajipan nafkah sepenuhnya atas suami.[3]

Wallahu a’lam.



from Sehinggit Media News http://ift.tt/2mxG3kz
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2lszzm2
via merahhaticintaku.blogspot.my