Friday, 1 September 2017

26 Khasiat Bawang Merah Kepada Kesihatan & Kecantikan


Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa bawang merah mempunyai khasiat yang banyak terutama kepada kesihatan, selain kepada rambut dan kulit. Bawang merah sudah berkurun lamanya digunakan untuk merawat pelbagai penyakit, lebih kepada rawatan tradisional dan remedi.

Baunya yang kurang enak mungkin tidak menyenangkan kita, tetapi kalau kita pandai mengawal atau menghilangkannya selepas makan, ia boleh menjamin kesihatan kita untuk jangka masa yang lama.

Ianya boleh disajikan di dalam pelbagai jenis juadah dan mudah untuk dimakan. Bawang merah mengandungi banyak bahan nutrisi yang boleh menjauhkan anda dari masalah kesihatan, antaranya adalah dinyatakan di bawah:

Khasiat Bawang Merah Untuk Kesihatan

Bawang merah tidak dinafikan banyak manfaat untuk kesihatan, ketahui antaranya di bawah:

1. Bawang merah mengandungi antibiotik, antiseptik dan antimikrob yang boleh menjauhkan anda daripada jangkitan kuman.

2. Bawang merah mengandungi banyak sulfur, serat, potasium, vitamin B, vitamin C dan rendah lemak, kolestrol dan sodium.

3. Ia boleh merawat demam, selesema, batuk, sakit tekak, alahan dan lain-lain. Campuran bawang merah dan madu boleh mencepatkan proses penyembuhan.

4. Potongan bawang merah boleh melegakan kesan dan simptom demam, jika diletakkan di dahi.

5. Cebisan kecil bawang merah boleh mengurangkan atau memberhentikan pendarahan hidung.

6. Bawang merah boleh merawat insomnia ataupun masalah untuk tidur. Ini boleh membantu anda untuk tidur nyenyak setiap malam.

7. Bawang merah boleh membantu sistem penghadaman. Jika anda mengalami masalah penghadaman, makan bawang merah boleh menyembuhkanya dengan meningkatkan kadar penghasilan enzim pencernaan.

8. Cecair bawang merah boleh merawat kesan terbakar pada kulit ataupun kesan gigitan/sengatan. Ia boleh memberikan rasa yang pedih pada mulanya, tapi itu adalah proses penyembuhan.

9. Bawang merah boleh mencegah kanser – ini merujuk kepada kanser pada kepala, leher dan usus.

10. Anda boleh mengelakkan daripada mendapat osteoporosis dan atherosclerosis dengan mengamalkan bawang merah setiap hari.

11. Bawang boleh meningkatkan kadar insulin di dalam badan dan mengelakkan diabetes dengan mengawal kadar gula di dalam darah.

12. Kolestrol boleh menyebabkan masalah jantung, ia boleh dibakar dengan pengambilan bawang merah setiap hari. Ini boleh menjauhkan anda dari penyakit jantung, pada masa yang mengawal kadar kolestrol dalam badan.

13. Keradangan dari arthritis juga boleh disembuhkan dengan bawang merah.

14. Salah satu cara untuk menghilangkan kesan warna hitam pada wajah anda adalah dengan mencampurkan tumisan bawang merah dengan kunyit pada kawasan tersebut.

15. Air dari bawang merah boleh melegakan sakit gigi.

16. Bawang merah boleh membaiki sel dan tisu badan.

17. Bawang merah boleh meningkatkan daya ingatan anda dan menguatkan sistem saraf.

18. Bawang merah boleh merawat masalah kitaran haid tidak menentu. Bawang merah yang mentah hendaklah diambil beberapa sebelum datangnya haid anda.

19. Gunakan air bawang merah pada rambut ataupun kulit kepala untuk menghilangkan kutu dan masalah keguguran rambut. Ini adalah salah satu khasiat bawang merah kepada rambut yang paling ketara.

20. Bawang merah mengandungi air, protein, lemak (yang baik), kanji, serat, mineral, kalsium, vitamin C, zat besi dan B kompleks. Anda sepatutnya mengambil diantara 100-150 gram bawang merah setiap hari, boleh di dalam pelbagai sajian dan menu.

21. Khasiat Anti-Penuaan

Bawang merah mengandungi khasiat anti-penuaan yang banyak. Ia mengandungi vitamin A, C dan E untuk melawan kerosakan yang disebabkan sinaran UV, pada masa yang sama untuk menghalang radikal bebas di dalam badan – salah satu faktor penuaan.

Bawang merah mengandungi banyak sumber quercetin, iaitu satu antioksida yang boleh mengekalkan keanjalan kulit.

Vitamin dan sulfur pula boleh melindungi tangan, kulit dari kedutan. Dengan menyapu kulit anda dengan bawang merah, ia boleh meningkatkan kadar peredaran darah dan meningkatkan penampilan kulit anda.

22. Rawatan Kepada Jerawat

Kandungan antimokron, antibakteria dan anti keradangan yang terdapat di dalam bawang merah boleh memberikan banyak manfaat kepada kulit anda.

Ia mengandungi kadar antiseptik yang boleh melindungi kulit daripada bakteria yang boleh menyebabkan jerawat dan masalah kulit yang lain.

Bawang merah boleh dijadikan satu kaedah rawatan kepada jerawat dan jeragat.

23. Menghilangkan Kesan Hitam dan Pigmen

Air bawang merah boleh menjadi satu rawatan yang berkesan kepada kesan hitam dan pigmen pada wajah. Kadar fitonutrien dan antioksida di dalam bawang merah boleh mengembalikan kesihatan kulit dengan mengeluarkan benda asing.

24. Rawatan Kepada Sengatan Dan Gigitan Serangga

Bawang merah boleh melegakan kesan gigitan dan sengatan serangga. Anda hanya perlu meletakkan satu potongan nipis bawang merah di atas tempat yang terkena. Kandungan anti-keradangan yang terdapat di dalam bawang merah boleh mengurangkan kesan tersebut.

25. Rawat Rambut Nipis

Bawang merah boleh membantu anda dalam mengatasi masalah penipisan rambut. Anda hanya perlu kisar bawang merah sehingga lumat dan tambah 1/2 sudu teh madu. Anda boleh menambah minyak untuk menghilangkan baunya.

Sapukan campuran tadi di kulit kepala anda. Biarkan semalaman dan jangan menutup kepala anda. Syampu pada sebelah paginya. Ini hanya perludilakukan tidak lebih 3 kali seminggu, untuk keputusan yang baik.

26. Rawat Rambut Gugur dan Kelemumur

Anda boleh menggunakan bawang merah untuk hair mask, untuk mengelakkan rambut gugur, kelemumur dan kulit kepala gatal. Air bawang merah boleh meningkatkan panjang rambut anda.

Anda hanya perlu kisar atau tumbuk bawang mera untuk dapatkan airnya. Campurkan air tersebut dengan minyak kelapa ataupun minyak zaitun dengan kuantiti yang sama. Kemudian, sapu pada kulit kepala anda.

Tutup kepala anda dengan plastik ataupun tuala selama 2 jam. Bilas dengan syampu untuk menghilangkan semua campuran tersebut pada rambut. Ini boleh dilakukan sebanyak 2 kali sebulan.

Bagaimana Untuk Memilih Bawang Merah?

Jika anda ingin mengamalkan pemakanan dengan bawang merah, adalah terbaik sekiranya anda mengetahuo bagaimana untuk memilih dan menyimpan bawang ini agar kekal lama.

1. Pemilihan

Semasa membeli, pilihlah yang bersih, dalam bentuk yang baik, dan tidak terpotong. Pilih bawang merah yang keras, kering, warna yang terang.

Elak daripada membeli bawang yang terasa lembik, dalam keadaan basah/lembap ataupun mempunyai kulat.

2. Penyimpanan

Bawang merah yang kering boleh disimpan untuk beberapa bulan. Bawang sebaiknya disimpan pada tempat yang kering dan pengudaraan yang baik. Elakkan menyimpan bawang di dalam peti sejuk kerana boleh menyebabkan bawang tersebut menyerap kelembapan.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2ew4n7u
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2vS9Rfh
via merahhaticintaku.blogspot.my

Pakai Kopiah Tapi Pegang Perempuan, Netizen Kecam Foto Alicia Amin


Bagi masyarakat Melayu, pemakaian kain pelikat sinonim dengan kaum lelaki manakala kain batik pula dipakai oleh golongan wanita. Ianya menjadi pakaian simbol orang melayu. 

Baru-baru ini, gambar finalis Asia's Next Top Model musim kelima Alicia Amin yang diapit oleh dua orang model lelaki menjadi pertikaian netizen. 


Dalam gambar tersebut, dua model lelaki tersebut mengenakan pakaian kain pelikat tapi menamppakan betis menjadi bualan netizen. Antara komen netizen

"Pakai kopiah, pakai kain pelikat tapi pegang perempuan nampak lutut...just tegur" 

Sebelum ini, Alicia Amin turut mencetuskan kontroversi apabila beberapa keping fotonya yang tampil tanpa seurat benang menjadi kecaman netizen.



from Sehinggit Media News http://ift.tt/2wYWyi2
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2wrhxZp
via merahhaticintaku.blogspot.my

Doktor Keluarkan 8 Ekor Kutu Babi Dari Telinga Pesakit


SINGAPURA - Viral rakaman video doktor berjaya mengeluarkan lapan ekor perasit dari telinga seorang pesakit, mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 

Video berdurasi 1 minit 21 saat itu menunjukkan parasit berkenaan menghuni di hujung lubang telinga pesakit dan doktor terpaksa menggunakan pelayar khas untuk mengeluarkannya. 

Tetapi parasit tersebut sukar dikeluarkan kerana kakinya mendakap teguh pada gegendang telinga pesakit. Ekoran itu, doktor tiada pilihan dan terpaksa menarik keluar parasit itu secara paksa yang menyebabkan telinga pesakit berkenaan mengalami pendarahan kecil. 




Menurut individu yang memuat naik video tersebut, parasit tersebut memakan daging pesakit berkenaan. 

Video yang tersebar di media sosial itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya terkejut dan geli menonton video itu. 

"Lebih baik saya periksa semua lubang-lubang di badan saya seperti lubang hidung, lubang telinga dan lubang-lubang yang lain. Hahaha! Sungguh menakutkan," kata seorang netizen. 

Namun ada netizen yang tampil menafikan dakwaan kononnya parasit tersebut makan daging manusia. 

"Itu bukan parasit pemakan daging. Itu hanyalah kutu yang menghisap darah sahaja. Kutu ini biasanya diperolehi jika individu berkenaan memelihara haiwan peliharaan seperti anjing," katanya.

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2wuEp8H
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2wr9Ty7
via merahhaticintaku.blogspot.my

Warga Rohingya: Bagai Melepas Anjing Tersepit, Sudah Lepas Ia Menggigit


Kisah pembunuhan kejam warga Rohingya oleh tentera Myanmar khususnya oleh mereka yang beragama Buddha sangat mendukacitakan umat Islam di seluruh dunia.

Apa tidaknya, penganut Buddha dikatakan seperti mahu melakukan pelupusan etnik Rohingya yang juga merupakan suku asal di tanah tersebut dengan membunuh dan mengusir etnik malang itu.


Akibat dari peristiwa itu, warga malang itu kini hidup dalam keadaan ditindas di bumi sendiri dan ramai yang melarikan diri mencari perlindungan di negara lain.

Sekiranya anda ingat, segelintir pelarian warga Rohingya ini pernah terdampar di dalam kapal di tengah lautan dan meraih simpati agar negara-negara yang berdekatan seperti Malaysia, Indonesia dan negara-negara jiran lainnya menerima kedatangan mereka dan seterusnya memberi perlindungan.


Sebagai negara yang berhati mulia, Malaysia dengan hati terbuka menerima kedatangan pelarian warga Rohingya ini.

Namun, setelah beberapa lama menetap dan tinggal di bumi bertuah Malaysia ini, warga Rohingya ini dikatakan semakin kurang ajar dan naik kepala.

Kemuncaknya apabila warga ini dengan beraninya telah berhimpun di Kuala Lumpur untuk membantah pembunuhan etnik mereka oleh kerajaan Myanmar.


Bukan hanya seorang rakyat Malaysia yang mendedahkan perangai sebenar warga Rohingya ini, malah semakin hari semakin ramai yang tampil memberi kenyataan.

Bagai melepas anjing tersepit, sudah lepas ia menggigit. Ikuti kisahnya.


Kisah pertama yang diceritakan oleh Shaari Anuar.

Pengalaman dengan Rakyat Myanmar.
Masa kat stesen minyak, terjumpa dia orang isi tangki untuk alat pemotong rumput.
Dia orang ni berbasikal, bangsa Rohingya, katanya.
Kebetulan saya nak potong rumput dan pokok kat rumah.
Saya bagi tel no saya, untuk dia contact.
Besoknya dia call, nak datang.
Saya kata oklah.
Laman rumah saya ni bukannya berekar.
Kerja pon lebih kurang 2 jam, boleh siap.
Dan time nak bayar, saya tanya berapa kos.
Dia minta dalam 100.
Kalau ikutkan agak mahal, selalu pekerja Indon, Bangla, Pakistan buat.
Paling mahal tak silap saya dia orang minta 60 ringgit.
Since rasa kesian, dengan naik basikal, niat nak membantu..
Saya bagi je tanpa banyak soal.
Dua tiga minggu, dia call lagi..
Kebetulan, saya free, then saya bagilah dia datang.
Tapi kali ni, dia tak datang berseorangan..
Dah siap ada kawan, berdua.
Kerja sikit je pon, potong pokok, taruk baja.
Bila ditanya harga dalam 200.
Aik, saya tanya lah, kenapa lah mahal sangat.
Jawab beliau, sebab datang berdua dan kena bahagikan untuk 2 orang.
Memang charge melampau.
Saya buka wallet, kebetulan ada duit cash 150 saja
Saya cakaplah, saya ada duit banyak ni saja.
Then dia kata tak cukup.
Cara cakap, pon dah start kurang ajar sikit, sejak berdua.
Saya cakap ambik 150 dan pergi..
Bukannya kerja double pon,
Siap tak nak accept, dan mengomel dengan kawan dia dalam bahasa dia.
Dan buat bodoh keras macam batu tak nak keluar.
Bila saya cakap nak panggil guard, baru je ambik duit tu dan berlalu.
Tapi sempat tunjuk gaya protes dia.
Dua tiga minggu. lepas tu, dia call lagi, memang saya tak layan dah.
Dalam ramai ramai, dia orang ni kurang ajar.
Kita niat nak membantu, pasal tahu mereka ditindas dinegara mereka.
Tapi kita digigitnya balik.
Saya nasihatkan, kalau nak membantu dengan dia orang ni, hati hati sikit.
Nak bagi kerja, deal upah dan kerja dulu.
Jika tidak, korang kena buli.
Boleh membahayakan korang nanti.
Mungkin perbezaan culture antara kita dan mereka.
Lagi satu, wanita wanita dia orang ni.
Setiap minggu kat masjid minta sedekah area rumah saya ni time jumaat.
Bukan tak suka mereka, tapi mereka ni terlalu over.
Abis anak umur bawah 12 tahun di atur untuk meminta sedekah.
Lagi kesian, anak yang bawah 2 tahun, dibiarkan diatas riba kena panas terik bawah matahari.
Maaflah, bagi saya, bukan ianya menjadi simpati.
Tapi sakit hati pasal gunakan budak dan baby yang tak sepatutnya berada disitu untuk meraih wang dari orang ramai.
Dan saya lagi hairan, pihak masjid tak pernah ambil tahu, dan biarkan mereka semakin ramai.

Kisah Kedua yang diceritakan oleh admin Kepala Hotak Kamu.

Ok, aku dah baca pendapat Auni dan Benz tentang isu masyrakat Rohingya yang berlindung dalam negara kita.

Pendapat Auni yang aku setuju ialah membawa mereka ke negara kita hanyalah membawa lebih banyak keburukan. Kerana yang kita bawa bukanlah semata-mata rakyat Rohingya saja, tapi cara hidup mereka disana. Tiada undang-undang, pengotor dan tiada pendidikan.

Kedatangan mereka kedalam negara kita hanyalah untuk membiak agar keturunan mereka tidak pupus. Selepas itu apa? Ya kau boleh anak-anak kecil mereka meminta sedekah disana-sini ditengah bandaraya. Malah ada disuatu tempat, seolah mereka sudah menguasai kawasan itu (pasar botong selayang contohnya). Disanalah boleh dilihat warna sebenar (true colour) mereka. Boleh jadi (aku cakap boleh jadi ye) inilah punca mengapa tentera Myanmar mahu menghapuskan mereka ini.

Menolong saudara seagama? Kadang-kadang aku meragui adakah mereka ini benar-benar Islam? kerana Islam itu sangat mementingkan kebersihan, menghormati tuan rumah, dan mengutamakan pendidikan. Dan mereka tiada nilai itu.

Dari suatu sisi pula ada benar kata benz, yang kita ini hanya benar-benar bersaudarakan Islam Arab, yang hidungnya mancung dan buah dada yang besar. Memasuki Islam yang hodoh seperti rakyat Rohingya maka persepsi sedikit berubah (atau berubah terus).

Jadi untuk membawa masuk lagi rakyat Rohingya ini adalah tidak perlu. Untuk mengubah nasib suatu kaum itu adalah dimulakan oleh kaum mereka sendiri (13:11). Kita sudah cuba bantu, tapi lihatlah, mereka masih ditakuk lama, cuba berada dibandaraya yang urban.

Dua langkah yang rakyat Rohingya perlu mulakan ialah pendidikan dan birth control (family planning).

Kisah Ketiga


Kisah keempat


Kesimpulan

Sebagai pelarian, menumpang di tanah orang lain, mereka seharusnya sedar akan kedudukan mereka dan sewajarnya menjaga adab mereka.

Mungkin anda ada kisah sendiri tentang kaum Rohingya? Kongsikan di ruang komen.

Sumber: http://ift.tt/1VWaGfX


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2erlHGW
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2vS2kwQ
via merahhaticintaku.blogspot.my

Elfira Loy Berlatih Jadi Suri Rumahtangga, "Ibu Suruh Belajar Memasak Untuk Suami Nanti"..


Bakal bergelar isteri kepada Sufian Suhaimi, Elfira Loy memberitahu dirinya sudah mulai berlatih membuat persiapan diri dan mengubah rutin harian bagi membiasakan diri menjadi seorang isteri. Malah, Elfira juga turut diminta ibunya untuk belajar memasak serta melakukan kerja rumah lain.

“Ibu saya meminta saya untuk ubah rutin harian saya dan membuat persiapan diri untuk menjadi seorang isteri kelak. Kini selepas solat Subuh, saya tidak dibenarkan tidur dan terus bangun membuat kerja rumah serta memasak. Ibu saya pesan kerja rumah bukan hanya perlu dilakukan apabila ia bersepah tetapi perlu dilakukan setiap hari”

“Selain buat kerja rumah, saya juga belajar memasak. Sufian lelaki yang matang dan serius dalam perhubungan. Bila dia kata nak kenal dengan saya itu dia benar-benar serius sehingga berani melangkah ke fasa merisik. Saya sudah berjumpa dengan ramai lelaki dan tiada lelaki yang masih bersama saya selepas tiga bulan seperti dia,” katanya kepada Astro Gempak.

Terdahulu, Elfira telah mengumumkan bakal melangsungkan majlis pertunangan pada bulan Oktober nanti. Manakala majlis pernikahan pula dirancang pada tahun depan. Namun tarikh pasti bagi pasangan ini ditunangkan masih belum ditetapkan. Wah, beruntung Sufian mendapat isteri seperti Elfira, awal-awal lagi sudah membuat persiapan.

Sumber: ROTIKAYA


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2goI2p0
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2xD3gHB
via merahhaticintaku.blogspot.my

Letakkan Tangan Anda Dan Lihat Rahsia Cinta Disebalik Garisan Yang Anda Tak Tahu


Sememangnya terlalu banyak rahsia yang terdapat pada tangan kita. Mungkin kita biasa dengar orang dulu-dulu yang suka melihat garis garis yang ada pada tangan untuk meramalkan apa yang akan berlaku pada seseorang itu. Walaubagaimana pun ini cuma ramalan saja dan jangan terlalu fanatik untuk mempercayainya.

Kesan garisan pada tangan boleh menampakkan garis cinta dan menghuraikan karakter seseorang. Cuba rapatkan kedua-dua tangan anda bersama-sama, pilih corak yang ada ada dan lihat sendiri.

Garis yang selari


Jika pasangan anda juga mempunyai garis yang sama anda bernasib baik kerana mereka mempunyai niat yang serius dan inginkan hubungan itu berpanjangan. Mereka lebih rasional dan tidak menyukai perubahan yang drastik dalam kehidupan. Dari segi personaliti, mereka mempunyai watak yang lemah lembut, bijak dan menghargai pendapat orang lain.

Garis tangan kiri lebih rendah 


Orang ini lebih gemar pasangan yang lebih tua dari tahun mereka. Mereka ini mempunyai style mereka tersendiri dan bersikap romantik serta berkebolehan untuk mencari kawan baru dengan cepat. Mereka selalu mendengar perasaan keenam mereka (sixth sense) dimana jarang tersilap langkah.

Garis tangan kanan lebih tinggi


Orang ini suka pada hidup yang rilex dan tidak tergesa-gesa untuk mempunyai hubungan yang serius dan mementingkan kebahagiaan diri sendiri dahulu. Tapi apabila mereka memutuskan untuk pilih seseorang dalam hidup mereka, itu akan menjadi orang yang lebih muda dari diri mereka atau mahukan orang yang berbeza kewarganegaraan. Mereka mempercayai apa yang dilihatnya sahaja bukan apa yang mereka dengar dan mempunyai keyakinan yang tinggi. Orang ini lebih gemar berdikari dan mudah menyelesaikan masalah dengan cara sendiri tanpa melibatkan orang lain

Sumber: Nakbebel


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2eKS2sF
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2vPY0OM
via merahhaticintaku.blogspot.my

Rohingya Bangsa Tak Sedar Diri, Cukup-Cukuplah Menyusahkan Malaysia Luah Aktivis.


Aku dapat berita di Dhaka ni bahawa sekumpulan masyarakat Rohingya telah mengadakan demonstrasi di KL. Memandangkan Bangladesh juga terpalit isu Rohingya ini memandangkan mereka yang paling rapat dari segi budaya, bahasa dan geografi, aku bertanya pada business associates di Bangladesh akan pendapat beliau tentang orang Rohingya.

Beliau beritahu memang sebelum perpecahan negara India menjadi Pakistan seterusnya Pakistan berpecah menjadi negara Bangladesh, memang orang Rohingya ini berasal dari tanah Bengal (Selatan Bangladesh) ke Myanmar, dibawa oleh orang2 British sebagai buruh mereka. Lalu Myanmar mencapai kemerdekaan,mereka tak diiktiraf kewarganegaraannya. Alasannya, kerana mereka mahu mengekalkan identiti mereka sebagai bangsa Rohingya dan tak mahu mengaku sebagai orang Benggali. Maka dengan pelbagai tekanan dari kerajaan Myanmar maka jadilah mereka pelarian, antara yang paling ramai ialah di Bangladesh.

Oleh sebab ramainya bangsa ini di Bangladesh, mereka telah mendatangkan banyak masalah kepada kerajaan Bangladesh. Mereka mencari masalah dengan orang Bangladesh. Lalu kerajaan Bangladesh menutup sempadan di Myanmar bagi mengelakkan lebih ramai orang Rohingya masuk.

Baru-baru ini, orang Rohingya telah mendatangkan masalah lebih besar kepada kerajaan Bangladesh. Seperti yang kita tahu, di Bangladesh ini hampir 99% penduduknya beragama Islam, namun terdapat juga kelompok minoriti Buddha dan Hindu. Disebabkan dendam mereka pada orang Buddha, orang Rohingya telah bertindak membakar beberapa kuil Buddha di Bangladesh. Ini menimbulkan ketegangan antara kerajaan Bangladesh dan Myanmar kerana Myanmar menuduh orang Bangladesh yang membakar kuil Buddha. Maka disebabkan perangai buruk mereka maka nama Bangladesh terpalit sedangkan masyarakat Islam Bangladesh hidup aman tenteram bersama masyarakat Buddha.

Banyak lagi masalah yang ditimbulkan oleh mereka yang menyebabkan bukan sahaja Myanmar, tapi Bangladesh juga tidak mahu mengiktiraf mereka walaupun mereka ini paling hampir dengan orang Bangladesh. Bagi kita di Malaysia, memang kita simpati dengan nasib mereka yang dibunuh dan diseksa saban hari di Myanmar. Tapi harus kita tahu juga, sikap bangsa mereka ini sendiri yang menyebabkan mereka enggan diiktiraf oleh mana2 kerajaan sebagai rakyat. Mereka suka mengganggu ketenteraman dan memberontak.

Sebagai negara yang bermurah hati mungkin kita boleh membantu dari segi kebajikan seperti menghantar bantuan makanan dan perubatan, namun untuk memberikan mereka tempat berteduh di tanah air kita, usahlah. Kelak kita yang menyesal. Tentu ada sebab kenapa pemenang nobel keamanan, Aung San Suu Kyi tidak mahu mengiktiraf bangsa ini di Myanmar. Jika mereka berkelakuan baik dan berintegrasi dengan baik dengan masyarakat Buddha di Myanmar sudah pasti tak ada masalah untuk mereka diiktiraf. Hanya satu sebab, BANGSA ROHINGYA TAK SEDAR DIRI.

-------------

ROHINGYA, CUKUP-CUKUPLAH BUAT KAMI MALAYSIA TERSEPIT!


Tulisan saya tentang isu Rohingya telah menjadi perdebatan hangat yang saya sendiri tak sangka. Ramai yang memberi respon negatif dengan memaki hamun saya tanpa memahami pokok pangkal isu. 

Sebagai manusia biasa, sudah pasti sedikit sebanyak saya terkesan dengan hamburan caki maki yang dilemparkan, malah ada yang mempersoal akidah saya. Ramai yang buat2 pandai mengeluarkan segala fakta untuk menghentam saya. Soalnya, apakah idea kalian tentang solusi isu Rohingya ini? Seperti saya katakan, saya juga bersimpati dan sedih dengan nasib yang menimpa saudara seagama saya. Namun, adakah dengan sekadar menyatakan rasa simpati dan sedih dapat merungkai masalah yang menimpa mereka? 

Namun saya bersyukur, masih ada yang memahami niat baik saya dan beberapa orang pensyarah, ahli agama, aktivis dan wartawan telah mengubungi saya dan memberi saya semangat untuk terus memberi pemahaman kepada masyarakat tentang isu ini dengan memberikan saya pelbagai maklumat dari sumber2 yang sahih. Apa yang saya tuliskan ini adalah olahan saya hasil maklumat yang diberi beserta kefahaman saya sendiri, kalau ada fakta yang salah tolong betulkan kerana ini adalah forum terbuka.

Saya setuju ini adalah soal kemanusiaan. Isu kekejaman terhadap sesuatu etnik tidak harus ditoleransi oleh dunia. Bagaimanapun, apa yang kita mampu kita buat untuk bantu selain memberi tekanan kepada kerajaan Myanmar dan menghantar misi kemanusiaan ke Rakhine? 

Di akhirnya, kerajaan Myanmar dan masyarakat Rohingya sendiri yang perlu mencari pelan damai antara mereka. Bukan mempertanggungjawabkan isu ini kepada negara2 serantau atas alasan kemanusiaan. Saya telah terangkan bagaimana formula kerajaan Bangladesh dalam menyelesaikan konflik dengan Indigenous People of Bangladesh dalam artikel sebelum ini, yang akhirnya memberi win-win situation kepada kedua2 belah pihak. Kalau mereka boleh kenapa Myanmar dan Rohingya tidak? Kesimpulannya, konflik ini berlaku kerana keegoan kedua2 pihak. Kerajaan Myanmar dan Rohingya.

Anda pasti tahu bahawa Myanmar adalah negara yang mengamalkan dasar asimilasi yang dipanggil Burmanization iaitu konsep satu bangsa satu bahasa, sama seperti di Indonesia dan Thailand. Tak seperti negara kita yang mengamalkan konsep integrasi kaum yang lebih terbuka kepada perbezaan bangsa dan bahasa. Masalahnya, kerajaan Myanmar berdegil untuk tidak mengiktiraf etnik Rohingya sebagai rakyat Myanmar kerana perbezaan budaya dan bahasa mereka dan keengganan mereka keluar dari kelompok mereka sendiri untuk menjadi sebahagian komuniti rakyat Myanmar. Di pihak Rohingya juga, mereka turut berkeras kepala agar diiktiraf sebagai warganegara tanpa mahu berintegrasi dengan etnik2 yang lain, tidak mahu keluar dari pengasingan dan hanya mahu menjadikan hanya wilayah Rakhine sebagai tanah air mereka serta mengekalkan identiti mereka untuk dikenali sebagai masyarakat 'Rohingya' yang bertentangan dengan dasar asimilasi Myanmar. 

Sikap mereka ini jauh berbeza dengan masyarakat Muslim dari etnik lain seperti India Muslim, Cina Muslim malah etnik Melayu Muslim Myanmar yang diterima baik dan diiktiraf sebagai rakyat Myanmar dek kerana sikap mereka yang lebih terbuka dalam menghormati dasar kerajaan. Justeru, yang menuduh saya assobiyah itu, sebaiknya anda nilai sikap Rohingya dahulu sebelum menghukum saya.

Saya kurang setuju kalau dikatakan Myanmar mengangkat negara mereka sebagai 'religious state' atau negara Buddha yang hanya membenarkan agama Buddha diamalkan. Kalau benar, kenapa komuniti beragama lain seperti Muslim dan Kristian boleh hidup di sana? 

Malah, masjid juga dibina bersebelahan kuil buddha tanpa sebarang ancaman. Namun, sebagai negara yang majoritinya beragama Buddha, sudah tentu penganut Buddha rasa terancam kalau ada komuniti yang cuba mengangkat wilayah tertentu sebagai wilayah agama lain. Samalah halnya kalau negara kita yang majoritinya beragama Islam tapi ada pihak tertentu nak jadikan negeri tertentu, Pulau Pinang contohnya, sebagai negeri Kristian, pasti umat Islam Malaysia rasa terancam. Ini common sense dan harus dihormati kaum minoriti tak kira di mana sekalipun.

Bila Rohingya terus menjadikan bangsa mereka 'isolated' dan tak mahu keluar dari komuniti seperti yang dilakukan oleh Indigenous People of Bangladesh, maka berlakulah pembantaian oleh tentera Myanmar yang disifatkan sebagai tindakan penghapusan etnik. Myanmar mahu melenyapkan etnik Rohingya dengan kejam, dan tindakan ini mesti dikutuk sekeras2nya kerana menyalahi norma kemanusiaan. 

Di pihak Myanmar, mereka menidakkan pula tindakan mereka sebagai penghapusan etnik sebaliknya sebagai 'hukuman' kepada Rohingya kerana tak mahu menerima dasar asimilasi Myanmar. Di sini jelas bahawa isu ini bukan isu agama, tetapi lebih kepada isu dasar kerajaan Myanmar yang telah memangsakan mereka. Justeru disebabkan tak mampu lagi menangggung seksaan junta, mereka keluar meninggalkan tanah air melalui jalan laut dan darat sebagai pelarian ke negara2 jiran seperti Bangladesh, Thailand dan Malaysia untuk mendapatkan perlindungan di bawah naungan UNHCR.

Wajarkah kita membantu mereka? Sudah pasti! Mereka adalah etnik yang trauma, lemah, kesakitan, kelaparan dan buta huruf. Bantuan mesti kita hulurkan dari sudut kemanusiaan. Inisiatif Malaysia saban tahun untuk menghantar misi bantuan dalam pelbagai bentuk mesti menjadi contoh sebagai negara yang mempunyai kesedaran tinggi akan hak asasi manusia. 

Persoalannya, selain hulur bantuan, apa inisiatif kita untuk selesaikan isu ini? Memadaikah sekadar beri bantuan setiap tahun sedangkan isu mereka di Myanmar menemui jalan buntu? Kerajaan Myanmar lagi suka kita hulurkan bantuan agar mereka boleh lepas tangan dari menjaga kebajikan etnik Rohingya. Soalnya sampai bila? Nampaknya, kita saja yang berusaha keras dan vokal dalam isu Rohingya, sedangkan kerajaan Myanmar dan etnik Rohingya sendiri tak mahu mencari pelan damai antara mereka dan masing2 dengan pendirian masing2 yang akhirnya meletakkan negara2 jiran seperti Malaysia dan Thailand dalam keadaan serba salah antara KEMANUSIAAN vs KEDAULATAN negara yang perlu dijaga.

Bagi Myanmar senang saja, halau 1.2 juta etnik Rohingya dari bumi Myanmar, maka misi mereka selesai. Bagi Rohingya pula ada dua pilihan, sama ada etnik mereka diiktiraf atau mereka lari mencari kehidupan yang lebih baik di tempat lain. Masalahnya, mereka ini mahu ke mana? Tanah air mereka di Rakhine sana, bukan di Saudi, Bangladesh atau Malaysia. Tak ada negara yang mampu terima pelarian seramai itu sekaligus. Apatah lagi, dengan sikap mereka yang Assobiyah dan tak mahu berintegrasi itu. Kalau di negara sendiri pun mereka tak mahu berintegrasi, apa lagi di negara orang seperti Malaysia? Mereka pasti duduk dalam komuniti sendiri dan berkeras untuk mengekalkan identiti etnik mereka, dan mula membuat tuntutan hak yang bukan2 dan mungkin menimbulkan masalah rusuhan kaum dengan masyarakat lokal di belakang hari. Malahan, sekarang pun sudah ada yang menyalah guna status UNHCR itu untuk kepentingan diri dan menganggap status itu menyebabkan mereka 'kebal' undang2.

Ada yang beritahu, kalau sekarang kerajaan Bangladesh telah gazetkan satu pulau tidak berpenduduk di wilayah Chittagong untuk tempatkan pelarian Rohingya, kenapa tidak Malaysia buat benda yang sama? Tahu tak, Malaysia dah lama buat! Bagi yang rajin membelek sejarah, dah pasti anda tahu bahawa Malaysia satu masa dahulu amat terkenal sebagai negara yang amat 'mesra pelarian' sampai kita menyediakan sebuah pulau untuk 120,0000 pelarian Vietnam satu masa dahulu! Hinggalah tercetusnya peristiwa Pulau Bidong yang hampir mengggugat kedaulatan negara kita dek sikap pelarian yang tak sedar dek untung! Bagi yang tak tahu, InsyaAllah saya akan bongkarkan kisah Pulau Bidong ini dalam artikel akan datang. Jadikan ia sebagai pengajaran agar pisang tak berbuah dua kali. Kalau kami buka tanah air kami ini untuk semua bangsa, apa ertinya nenek moyang kami berkorban mempertahankan tanah air kami dari penjajahan asing? Kami juga pernah menjadi bangsa tertindas dahulu, tapi adakah nenek moyang kami lari meninggalkan tanah air? Bangsa mana yang hulur bantuan pada kami ketika itu? Sebab itulah kami, Malaysia menolak untuk menandatangani Konvensyen Pela­rian 1951 dan Protokol 1967, sebab kami masih ingat peritnya nenek moyang kami berjuang membebaskan tanah air ini.

Berbalik soal Rohingya, saya tetap berpendirian isu ini hanya mampu diselesaikan melalui rundingan damai antara kerajaan Myanmar dan etnik Rohingya. Satu pelan damai bersifat win-win situation mesti dibuat sebagai penyelesaian jangka panjang. Jika perlu, mungkin Malaysia boleh jadi fasilitator kerana kita berpengalaman luas dalam menyelesaikan isu2 setempat seperti isu konflik masyarakat Islam di Timur Filipina dan Selatan Thailand. Cukup2lah letakkan kita dalam keadaan tersepit dan serba salah antara kemanusiaan dan kedaulatan negara disebabkan isu Rohingya yang tak berkesudahan. Bangkitlah, bangkit Rohingya!

Apa pun, kami akan terus membantu kalian selagi diizinkan Allah dan doa kami agar kalian kuat menghadapi dugaan ini dan menjadi bangsa yang berjaya di dunia satu hari kelak. InsyaAllah.

Sumber: Mohd Faizal Zulkifly


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2gouhH6
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2woOzt5
via merahhaticintaku.blogspot.my