Monday, 1 May 2017

"Kau Kedekut Dengan Mak Ayah, Hidup Kau Akan Sempit Walaupun Laki Bini Gaji Puluh Ribu..Ingat Pesan Aku,"


"Mereka jaga kita dengan penuh kasih sejak kecil, bila kita sudah besar, kita suruh pula mereka jaga anak-anak kita..Betapa CELAKAnya manusia, inilah tanda kiamat yang nabi telah maklumkan bahawa ibu akan melahirkan tuannya.."

Berapa ramai yang sediakan satu bahagian gaji untuk diberi kepada ibu bapa setiap bulan? Adakah kita kedekut kepada ibu bapa? Pernahkah kita berkira untuk membuat bakti kepada mereka? Persoalan di atas hanya diri sendiri yang boleh jawab.

Barangkali, inilah satu-satunya perkara yang menjadikan gaji kita tak berkat dan tidak pernah cukup. Perasan tak?

Seorang pengguna FB Zakuan Faiz telah menulis satu coretan mengenai perkara ini yang pasti mampu membuka mata kita semua. Baca coretannya di bawah:

SYURGA PALSU UNTUK ORANG BODOH

Aku tidak dapati, doa yang lebih mujarab daripada doa kedua orang tuamu. Khususnya ibu.

Aku dapati begitu ramai orang hebat, khasnya para ulama yang mulia, melainkan mereka didoakan ibu mereka secara khusus.

Ramai yang tak menyedari anugerah yang begitu hebat ini yang mana mereka adalah pintu-pintu syurga, doa mereka umpama doa nabi-nabi, tapi pada kita, mereka hanyalah tempat untuk kita serahkan baby untuk dijaga.

Mereka jaga kita dengan penuh kasih sejak kecil, bila kita sudah besar, kita suruh pula mereka jaga anak-anak kita. Betapa celakanya manusia, inilah tanda kiamat yang nabi telah maklumkan bahawa ibu akan melahirkan tuannya.

Alasan mereka, hidup susah, banyak hutang, semua kena kerja, anak takda siapa jaga.

Sebenarnya barakah yang sudah hilang. Hinggakan para wanita terpaksa bekerja, keluar dari rumah, melanggar fitrah mereka, bergaul dengan lelaki ajnabi secara bebas, suami mereka menjadi dayus. Ada juga yang bukan terpaksa tapi kerana suka-suka. Sebab nak ada duit supaya boleh shopping baju kasut beg tangan penuh satu rumah.

Lelaki menjadi lemah, tidak lagi seperti "Rijal" pada zaman Rasulullah. Cukup seorang untuk beri nafkah, kerana mereka Qana'ah dan Allah limpahkan barakah.

Akhirnya ibu dan bapa yang patut kita jaga sebagai pintu syurga, akhirnya menjadi hamba kepada kita.

Bila kita dah mula kaya, anak-anak dah besar, baru terfikir nak balas jasa ibubapa. Tapi waktu itu sudah terlambat, tak ada nikmat dunia lagi yang dapat gembirakan mereka. Bawa melancong, kaki mereka sakit. Bawa makan, mereka perlu berpantang. Bawa ke taman, tak larat berjalan.

Yang mereka mahukan ketika itu hanyalah anak mereka sebagai teman.

Tapi demi Allah mereka tak mampu berikan sebab hanya sibuk mengejar kekayaan.

Akhirnya syurga mereka pun pergi. Satu-satunya peluang mereka ke syurga secara jalan pintas telah pun tertutup.

Waktu itu tiada lagi guna untuk menyesal. Anak-anak yang membesar "dengan orang lain" juga kurang mesra dengan kita, kerana tak pernah diberi perhatian dan kasih sayang selayaknya.

Akhirnya anak-anak muda menjadi sampah raver, hipster dan entah apa kejadah lagi. Yang perempuan hilang dara seawal darjah tiga, yang lelaki melayari web lucah seawal tadika. Ibu bapa tak pernah ajar agama.

Anak-anak membesar menjadi penderhaka. Memaksa ibubapa derhaka tadi menitiskan air mata.

Semuanya dah terlambat.
Sejak awal lagi kau salah kira.
Sejak awal lagi kau terlibat riba.
Sejak awal lagi kau sibuk kejar dunia.
Sejak awal lagi kau makan semua benda.
Sejak awal lagi kau tidak menjadi hamba.

Kepada yang masih ada ibu dan bapa. Khidmatlah kepada mereka sekarang, selagi mereka masih hidup. Bawalah mereka ke mana mereka mahu pergi. Korban kan dunia mu.. sudah-sudah lah kejar dunia yang tak berkesudahan.... Tak kan kau nak biar mak bapak kau mati membawa hati yang kecewa...

Sekurang-kurangnya balas lah jasa mereka, buatlah mereka tersenyum, belanja lah mereka makan, bawak mereka berjalan, khidmat mereka walau terpaksa ambil cuti, mintak doa mereka pada setiap perkara, hubungi mereka walaupun tak ada benda nak kata, cukup mereka dengar suara kita dan kita dengar suara mereka. Jangan sia-siakan syurga itu.

Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa kita. Waktu khidmat, niatlah untuk sukakan Allah. Saya berani gerenti dengan nama Allah , Allah akan mudahkan semua urusan dunia akhirat kita. Allah akan murahkan rezeki kita. Saya dah alaminya.

Ramai orang kedekut dengan ibubapa sendiri. Tak pernah bawa ibubapa ke restoran mahal walau sekali. Bukan nak tunggu kaya, bukan nak bajet kaya, tapi ia akan buat ibubapa sangat gembira kerana dihargai sangat-sangat. Bawak awek luar nikah ke restoran mahal dia tak rasa apa. Bawak ibubapa, dia kata bazir.

Pengalaman saya sendiri, kalau saya ada masalah kewangan, saya akan belanja mak ayah saya makan tempat mahal, atau saya keluarkan sejumlah wang besar dan terus hadiahkan pada ibu ayah. Kalau ikut logik, harta akan semakin berkurang, dah la tengah gawat.

Tapi tak... Orang munafik yang tak ada iman je akan fikir macam tu. Orang beriman pulak diajar oleh Rasulullah, lagi banyak harta kita keluar untuk Allah, apatah lagi untuk gembirakan ibu bapa, harta kita akan melimpah-limpah digandakan.

Jadi korang rasa, korang sempit kewangan sebab apa?

Sebab korang kedekut. Wallahi korang kedekut. Akui ia. Dan bertaubat kepada Allah. Walaupun korang memang ada keluar sedekah. Tapi akuilah korang memang kedekut. Keluar sedekah sikit pun berkira-kira. Kalau betul korang tak kedekut, pernah tak korang bagi seluruh gaji korang pada mak bapak korang untuk satu bulan? Ekstrim kan?

Mestilah tak pernah! Gila! Nanti nak makan apa!

Ok, kita turun sikit....
Pernah tak masukkan not biru RM 50 dalam tabung masjid?
Not biru memang selalu.... Tapi bukan RM50...
RM1 je....
Tengok tu... Kedekut kan?

Lepas tu mengadu kat Allah, kenapalah aku hidup sempit, ini tak cukup, itu tak cukup . Ni semua mesti salah Najib!

Orang yang berkira-kira dengan Allah , Allah pun akan berkira-kira dengan dia. Ingat ni sampai bila-bila. Kalau nak hidup sempit, berkira-kira lah dengan ibubapa kita . Try it, experience it. Hidup kau konfem akan sempit walaupun laki bini kerja hebat, gaji puluh ribu sebulan tak termasuk OT.

Gembirakanlah ibu bapa mu. Insyaallah Allah pasti akan betulkan segalanya dalam hidupmu. Jangan perhambakan ibubapa mu, diorang dah jaga kau dari kecik, kau jagalah anak kau sendiri. Sampai bila nak hidup menyusahkan mak bapak. Patutnya mudahkan mereka, layan mereka macam raja, permaisuri. Bukan jadikan mereka sebagai bibik.

Yang wanita, jadilah surirumah, didik anakmu sendiri seperti semua srikandi Islam. Tokoh-tokoh agung dunia dalam sejarah Islam semuanya lahir daripada madrasah rumah yang diketuai oleh IBU mereka.

Sekarang rumah hanya jadi panggung wayang, untuk tengok cerita Korea dan raja lawak. Hanya jadi restoran, beli meja mahal dan makan sedap-sedap. Jadi pusat karaoke hari-hari layan lagu dari program realiti.

Maka yang terhasil dari rumah-rumah zaman sekarang hanyalah sampah masyarakat. Pastu bajet Soleh, bajet solehah, tak boleh ditegur, melenting bagai nak rak.

Di luar sana, memang ramai orang "kaya". Tapi majoritinya kaya palsu.

Rumah besar, kereta mewah , tapi semuanya hutang. Hutang riba pulak tu. Harta mereka hanya kertas dan nombor dalam skrin, yang tiada nilai aset.

Dan kehidupan itulah yang kau kejar. Yang penuh tipu daya. Bajet diva, tapi penuh riba.

Aku sikit pun tak heran pada mana-mana orang kaya zaman sekarang sebab tahu mereka semua posers, fakers, palsu, cetak rompak.

Kehidupan itu yang kau carik?
Hingga tanggungjawab kau abai?
Mak bapak kau hambakan?
Anak-anak tidak diberi agama?
Allahu...

"Jangan kau terjun ke dalamnya, kerana syurganya dajjal itu hakikatnya adalah neraka."

Nota: Tulisan ini adalah kata hatiku untuk diriku sendiri. Aku mencela diriku siang dan malam agar aku tidak leka dengan angan-angan dunia yang penuh tipu daya dan menjaga ibubapak ku dengan baik. Merekalah syurgaku. Dan aku rasakan ia mungkin bermanfaat bagi sesetengah orang yang berakal, jadi aku decide untuk share disini. Moga ada manfaatnya.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2pC1e9f
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2qxUcj1
via merahhaticintaku.blogspot.my

Bil Elektrik Tinggi Sejak Mak Mertua Duduk Sekali Tapi Tindakan Lelaki Ini Sungguh Mengejutkan


Dari kita kecil sehinggalah kita membina keluarga sendiri, ibu dan ayah tidak pun pernah merungut untuk memberi keselesaan dan yang terbaik kepada anak - anaknya. Tetapi bila dah meningkat dewasa, adakah seorang anak sanggup membalas semua yang dilakukan kepada anaknya.

Sebuah kisah rumah tangga yang dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook Mohd Fadli Salleh cukup membuat kita tersenda. Semoga kisah ini membuka mata kita semua.


Sumber: Sinar FM


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2qpnLnI
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2oYhbCu
via merahhaticintaku.blogspot.my

Pemain Rugbi POPULAR Dunia: Dulu Saya Budak Jahat, Tapi Allah Telah SELAMATKAN Saya !!!


Dibesarkan dalam suasana yang sukar, rumah kecil dan sempit mendorong pemain rugby terkemuka Sonny Bill Williams berazam untuk membelikan ibunya sebuah rumah yang selesa suatu hari nanti.

Impian ini timbul selepas melihat bagaimana ibunya berhempas pulas mencari wang. Pada waktu itu beliau masih remaja dan bekerja sebagai buruh dan pengangkut barang.

Sewaktu kecil saya dibesarkan di sebuah rumah yang terletak di pinggir bandar Mount Albert. Rumah kami hanya ada 2 bilik yang mana satu bilik untuk saya dan abang, dan bilik satu lagi untuk 2 adik beradik perempuan saya.

Ayah dan ibu kami tidur di ruang tamu dan rumah kami tiada kertas dinding (wall paper). Semua keluarga saya tinggal di sekitar sini dan sepupu saya Eka merupakan orang yang sering menjaga kami di rumah. Eka sebenarnya selalu keluar masuk penjara dan saya selalu rasa takut dengan sepupu saya ini, ujar Sonny Bill.

Karier Sonny bermula di Australia apabila beliau menyertai pasukan Bulldog. Sonny kemudiannya menyertai All Blacks di New Zealand dan siapa sangka kini beliau bakal beraksi di sukan Olimpik Rio bersama pasukan New Zealand Sevens.

Meskipun mengambil masa yang lama, Sonny kini telahpun berjaya memenuhi impian untuk membelikan sebuah rumah yang selesa untuk ibunya.

Pernah berhutang

“Sewaktu berusia awal 20-an, pengurus saya pada ketika itu telah menyebabkan saya terlibat dalam pelaburan yang teruk dan berhutang.

Pada masa tu ramai yang menyangka saya telah berjaya mencapai impian saya di Toulon. Hakikatnya saya perlu membayar NZD750,000 untuk bebas daripada kontrak”.

“Tidak pernah di dalam hidup saya impikan untuk berada di tahap ini kerana satu ketika dulu saya adalah seorang remaja yang pernah bawa diri ke Australia.

Ianya satu rahmat buat saya untuk berada di samping isteri dan anak kesayangan saya. Dulu saya bukanlah seorang yang baik dan pernah melakukan perkara buruk tapi Allah sentiasa bersama saya” – Sonny.

Menjadi role model

Sonny mula mendapat perhatian ramai apabila memberikan medal kemenangan beliau kepada seorang peminat muda yang menyerbu ke arah beliau di Twickenham pada tahun lepas.

“Isteri saya berkata, jika diizinkan Allah saya pasti akan layak ke sukan Olimpik dan memenangi medal lagi, dan kali ini ia akan menjadi milik anak saya pula.


Pasukan The Sevens benar-benar memberi nafas baru kepada diri saya. Adik perempuan saya juga berada di dalam skuad New Zealand Sevens. Jadi ia adalah sesuatu yang besar buat keluarga kami” – Sonny.

Makanan halal dan tuntutan agama

Sebagai satu-satunya muslim di dalam pasukan Sevens dan XV, Sonny perlu memikirkan cara bagi membolehkan beliau solat dan mengamalkan diet berlandaskan Islam disebalik jadual latihan yang padat.

“Waktu paling mengembirakan adalah bila saya menunaikan solat. Sewaktu travel pula agama saya membenarkan 2 solat digabung menjadi satu dan ia merupakan sesuatu yang indah dan memudahkan.
Mana mungkin untuk saya tidak meluangkan 25 minit sahaja dalam sehari untuk berterima kasih kepada tuhan? Bila dilihat kembali di mana saya satu ketika dulu, saya rasa sangat bersyukur.

Chef juga menyediakan makanan halal untuk saya. Adakala saya rasa malu bila mereka terlalu menitik beratkan tentang ini. Saya hanya mahu diterima dan menjadi sebahagian daripada pasukan, tapi di waktu yang sama saya perlu menjaga keimanan dan tuntutan agama saya.

Jika tiada daging halal, saya boleh ambil makanan laut. Jika makanan laut pun tak ada, saya boleh makan bijirin atau minuman berkhasiat. Hakikatnya ada insan lain yang hidupnya lebih teruk dan sukar daripada saya” – Sonny.

Pada tahun lepas Sonny pernah menerima banyak kritikan kerana telah berkongsi gambar seorang kanak-kanak Syria yang telah meninggal di akaun Twitter beliau yang memiliki lebih daripada 500,000 pengikut.

Gambar tersebut telah diambil sewaktu beliau menyertai lawatan sebagai duta UNICEF ke kem pelarian Syria di Lubnan.

Namun Sonny mempertahankan tindakan beliau dengan alasan seharusnya lebih ramai ahli sukan menggunakan profil mereka bagi meningkatkan kesedaran tentang ketidak-adilan terhadap pelarian perang.

“Kekayaan dunia hari ini dikuasai oleh 1% sahaja daripada seluruh populasi dan ia menjijikkan. Ada sesuatu yang tak kena bila ada yang tidak mampu menyara diri sendiri dan kanak-kanak pula hanya dapat bermain di tempat pembuangan sampah.

Sedangkan pada hakikatnya kita mungkin hanya perlukan 100 juta dolar untuk menampung hidup dan selebihnya boleh diberikan kepada mereka yang memerlukan” – Sonny.

Tatoo di badan

Mencacah tatoo di badan merupakan sesuatu yang dilarang oleh Islam. Menurut Sonny beliau tidak akan mencacah tatoo lingkaran Olimpik di mana-mana bahagian tubuh beliau.

“Tiada lagi tatoo tambahan. Tatoo yang ada di badan saya kini adalah tatoo lama sewaktu di zaman gelap saya dahulu. Saya rasakan saya masih orang yang sama tetapi memeluk Islam menjadikan jiwa saya lebih tenang dan gembira. Susah untuk saya terangkan perasaan itu.

Dulu saya seorang yang mudah stress, mudah marah bila bola terjatuh daripada genggaman sewaktu latihan. Saya dibesarkan sebagai seorang Kristian, keluar berparti dan minum hingga mabuk. Keesokan harinya saya tercari-cari sesuatu kerana jiwa terasa kosong. Di situ saya temui Islam adalah cara hidup yang sebenar” – Sonny.

Sukan Olimpik dan tinju

Bercakap tentang impian ke sukan Olimpik, Sonny akan cuba menuruti langkah idola beliau iaitu Muhammad Ali. Sonny juga sebenarnya meminati sukan tinju heavyweight. Namun beralih daripada rugby ke sukan tinju bukanlah perkara mudah.

“Bergaduh dan bertumbuk di sekolah tidak sama dengan bertinju. Bila di gelanggang saya mula berfikir – ini sesuatu yang menakutkan kerana lawan di depan saya juga sedang berfikir bagaimana untuk tumpaskan saya”.

Muhammad Ali dan Malcolm X adalah 2 insan yang mencorak hidup saya. Muhammad Ali lebih banyak memberi pengaruh kepada saya, bukan hanya kerana beliau seorang peninju ternama tapi juga kerana beliau memeluk Islam dan memperjuangkan apa yang beliau anuti” – Sonny.

Sonny berharap untuk kembali ke arena XV selepas sukan Olimpik nanti serta berhasrat untuk menyertai siri British and Irish Lions yang merupakan salah satu daripada ‘to do list’ beliau.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2ql2D4O
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2pAsd4X
via merahhaticintaku.blogspot.my

BAYI Hilang Dalam Kandungan. Ternyata Ini Sebenarmya Yang Terjadi. Sungguh MENGEJUTKAN..


Nama aku Kuya. Aku dah khawin lebih dari 2 tahun. Disember tahun lepas aku dapat tau aku pregnant tapi sebab aku dan husband duduk berjauhan, aku dan dia kena selalu naik flight untuk jumpa antara satu sama lain sama ada aku ke tempat dia, atau dia ke tempat aku. Time aku pregnant tu aku dah beli tiket flight awal2, so rasa sayangla pulak kalau tak pegi. So aku tawakal jela naik flight dengan kandungan yang baru sebulan time tu. Lagipun doktor pun kata takde masalah untuk fly within Malaysia..

Kisahnya bermula ketika di rumah suami, ada satu malam tu time kitorang dah nak tido, siap baring dah dan lampu semua dah tutup (kitorang memang jenis tido bergelap), tiba-tiba aku dengar bunyi daun pintu dibuka dan ditutup. Alaa, bunyi engsel tu, padahal rumah tu ada empat pintu ja. Pintu depan belakang dan dua pintu bilik. Aku siap bangun check pintu mana yang dok terbukak dan tertutup tu, manala tau angin tapi semua pintu tengah statik.

Aku baring balik tapi telinga tengah tangkap bunyi tu ada lagi. Husband aku dah risau dah sebab dia tengok aku takut semacam. Since hari tu, aku rasa takut semacam walaupun hari siang. Aku bukanlah seorang yang penakut. Aku jenis berani, suka duduk rumah sendiri, shopping sendiri, drive sendiri. Rasa takut tu sampai aku rasa nak nangis time husband aku pegi keja. Husband aku dah tak senang hati nak tinggalkan aku kat rumah seorang tapi sebab cuti dia pun dah tak banyak, dia pujuk aku dia akan balik sebelum maghrib. Perasaan takut tu macam ko tengah dikerumun something yang ko x nampak, tapi ko boleh rasa..

Lepas tu aku balik ke tempat aku semula, aku start rasa perut macam kempis pulak tetiba then kebetulan ada checkup dengan doctor, time doctor scan size kantung baby tak seiring dengan usia sebenarnya doctor kata nak bagi chance sebab kandungan sulung maybe size kantung kecikla katanya tapi aku kena checkup secara kerap disebabkan kes aku ni berpotensi besar untuk gugur. Lepas tu sampaila usia baby sepatutnya dah masuk 8 minggu, patutnya dah boleh nampak heartbeat, tapi kantung aku kosong, size kantung still kecik macam 6 minggu dan tak lama lepas tu aku officially keguguran. Sedih memang sedih, tapi aku dan suami redha..

Aku pun lupa kejadian di rumah suami hari tu. So kami move on sampailah suatu hari aku kena jumpa seorang makcik ni, katanya dia boleh tengok2 la benda ghaib ni dan dia dok tengokla aku ni.Dia suruh aku berubat kat mana-mana ustaz yang pandai, sebab katanya ada something kat aku dan katanya baby aku tu bukan tak membesar, tapi dimakan something ketika dalam perut lagi sebab tu kantung aku kosong dan keguguran. Jatuh jantung aku time dengar tu terus terflash back kisah kat rumah suami dan adalah lagi beberapa gangguan ringan yang aku tak ambil peduli sangat..

Lepas tu aku ikhtiarkan berubat dekat satu pusat perubatan islam ni..first sesi aku ustazah yang rugyahkan. Nak tau apa jadi kat aku, aku nangis tersedu sedan tapi dalam hati aku sendiri blur kenapala aku nangis time tu. Aku nangis sampailah akhir sesi. Jantung aku berdebar bukan main lagi. Macam tengah buat marathon pulak.

Lepas dah habis sesi tu, ustazah tu tanyala kenapa aku nangis. Aku just dapat bagitau aku rasa sayu sangat..tiba2 menjadi sangat sayu padahal aku pun tak tau kenapa. Ustazah tu katala sambil melawak, kononnya aku sedih nak berpisah dengan orang yang tu. Aku blur. Ustazah tu suruh repeat sesi next lagi minggu hadapan sebab katanya sesi pertama selalunya tak nampak sangat lagi tapi sebelum balik dia ajar aku untuk ruqyahkan diri sendiri sebelum tidur menggunakan ayat kursi, alfatihah & 3 qul..

Alhamdulillah, next sesi tu aku macam dah tak rasa apa dah. Aku buat 3 sesi semuanya. Cuma aku sampai sekarang tak pasti betulkah apa yang jadi pada baby aku tu macam yang makcik tu cakap? Dan betulkah aku dah bebas daripada benda tu? Dan benda tu apa sebenarnya? Kalau yang ada pengalaman tolonglah share ye. Terima kasih suda baca kisah tak berapa seram ni.

Sumber: fiksyenshasha


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2pnecae
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2oPvzBR
via merahhaticintaku.blogspot.my

"Sekiranya Benar Dia Untukku, Maka Dekatkanlah Hatinya Dengan Hatiku"


Pernah juga terjadi, pasangan kekasih yang telah berpisah suatu masa dahulu berjumpa balik dan berkahwin! Itu juga namanya jodoh. Berpisahlah macam mana pun, jika Allah tetapkan jodoh itu milik korang, maka ia milik korang.

Mungkin Allah mahu korang berpisah untuk memperbaiki diri masing masing dan menguji rasa cinta antara korang. Hakikat ayat ini, “kalau jodoh, ia tetap jodoh” sentiasa menguatkan hati manusia tentang persoalan jodoh. Memang sangat menyakitkan jika jodoh korang bukan bersama seseorang yang korang cintai. Tapi bersangka baiklah kepada Allah.Dia akan mengurniakan seseorang yang baik untuk korang. Tidak mudah, korang perlu menjadi seseorang yang sangat kuat dan tabah. Tapi ingatlah, jika si dia memang jodoh korang, tiada satu manusia pun dapat halang dia menikah secara sah dengan korang. Tapi jika bukan, buatlah macam mana pun, dia tetap bukan milik korang.

Jalan penyelesaian yang baik untuk menghindar kita dari berasa sedih dan was was mengenai persoalan jodoh adalah kembali kepada Allah. Dia yang mencipta segala jenis perasaan yang ada di muka bumi ini. Dia yang memberikan kebahagiaan kepada semua hamba hambaNya. Minta lah kepada Nya sedikit kebahagiaan, InsyaAllah jika kita ikhlas dan redha menerima segala ketentuan Allah, kita akan tenang dan hidup bahagia. Buatlah solat istikharah dengan cara yang betul.

Dia akan membantu korang dalam membuat keputusan. Jika korang dah cukup berusaha, dan takdir menentukan sesuatu yang berbeza untuk korang, terimalah dengan sabar dan ikhlas. Memang sukar tetapi kan Allah itu Maha Mengetahui. Sakit yang korang rasa sekarang adalah bayaran untuk kebahagiaan untuk korang di masa akan datang nanti InsyaAllah.

Jangan serahkan pada takdir semata mata

Soal jodoh memang lah milik Allah, tapi kita tidak boleh duduk diam tanpa berbuat apa apa dan tunggu bulan jatuh ke riba. Allah benci orang yang suka berputus asa dan tidak mahu berusaha . Ada yang kata jodoh tak perlu di cari, tetapi ia datang sendiri.


Benar, tapi tetap juga kita perlu berusaha. Bagaimana? Persiapkan diri kita menjadi seseorang yang lebih baik dari hari ke hari. Berkawan dengan ramai orang tidak kira lelaki dan perempuan, asalkan korang tahu batas batasnya dan luaskan lah pandangan terhadap kehidupan. Jangan kurung diri korang daripada cinta kerana beranggapan jodoh korang sudah ditentukan.

Hiduplah dengan normal dan bersosiallah seperti orang lain. Asalkan korang tahu jaga batas, itu sudah mencukupi. Tidak mustahil korang akan berkenalan dengan seseorang dan bertemu jodoh dari situ. Elakkan mengamalkan sikap duduk diam dan tunggu tanpa berusaha apa apa. Mungkin korang adalah seorang lelaki yang sedang meminati seorang gadis dalam diam.

Korang mahu memperisterikan dia. Jadi apa yang korang perlu lakukan? Duduk diam? Salah tu. Sekurang kurangnya korang harus mencuba. Tak cuba tak tahu kan? Allah tidak menghadirkan seseorang dalam hidup kita tanpa sebarang sebab. Ia adalah sama ada Allah mahu kita belajar sesuatu dari orang orang yang kita jumpa dalam hidup kita ataupun Allah menghadirkan seseorang itu sebagai tanda kita akan hidup bersama nya selama lamanya!

Jadi jangan lepaskan setiap peluang yang ada. Tidak salah untuk kita berusaha dalam soal jodoh ni. InsyaAllah jika kita berusaha keras, ia akan jadi milik kita. Yang penting cubalah dulu. Jangan awal awal dah putus asa.


Jodoh itu milik Allah, tapi ia dicipta khas untuk manusia agar kita dapat menikmati nikmat bahagia hidup di dunia ini bertemankan seseorang yang sangat kita sayangi. Ada orang yang dapat jodoh dengan orang yang dicintai, ada yang tidak. Semua itu kuasa Allah, kita tak layak mempersoalkannya.

Tetapi kita boleh belajar daripada pengalaman yang kita dapat. Bila dah dapat jodoh dengan seseorang yang kita cinta tu, jagalah elok elok. Jangan lancang sangat untuk bercerai jika ada konflik berlaku. Walau apa berlaku sekalipun, belajarlah cara untuk mempertahankan rumah tangga korang. Allah telah mengurniakan satu jodoh untuk korang. Orang lain yang terlalu berharap tak dapat, tapi korang dah dapat.

Kenapa kena sia siakan? Jaga hubungan elok elok. Hargai apa yang ada sekarang. penceraian adalah sesuatu yang paling dibenci Allah walaupun ianya tidak salah. Takdir takdir memang takdir tapi usaha usaha tetap usaha. Persoalan jodoh itu sangat sulit, tetapi manusia boleh mencuba dan terus mencuba.

Allah tidak kejam. Dia Maha Menyayangi. Pasti Dia akan mendengar setiap doa dan rintihan kita sekaligus menghadiahkan jodoh yang terbaik untuk kita semua, InsyaAllah.

Sumber: Nakbebel


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2oZX3Rl
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2oODRKm
via merahhaticintaku.blogspot.my

Yusry & Lisa Surihani Namakan Anak Kedua Mereka Yusof Leonne


KUALA LUMPUR: Pasangan selebriti, Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim, sepakat menamakan cinta hati kedua mereka sebagai Yusof Leonne sempena majlis tahnik bayi lelaki itu, semalam. 

Majlis berlangsung di kediaman mereka berdekatan Kajang. Yusof dilahirkan pada 23 April lalu di Pusat Perubatan Pantai di sini, kira kira jam 7.10 pagi. "Alhamdulillah, majlis berlangsung lancar. Terima kasih kepada pereka fesyen, Jovian Mandagie dan isteri, Nina Ismail Sabri, yang membuatkan majlis ini bertambah istimewa," tulis Lisa di laman Instagramnya. 

Terdahulu, suami Lisa yang juga pengarah terkenal, bersyukur isteri dan bayi lelaki mereka sihat. Yusry bagaikan tidak percaya sudah mempunyai sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan. "Susah nak percaya. Tetapi saya amat bersyukur dengan kurniaan indah ini. 

Saya dan Lisa dapat anak kedua dalam tempoh yang singkat. Sebelum ini, kami menunggu lama untuk mendapat anak pertama. "Lisa juga tidak berdepan masalah ketika melahirkan anak kedua. Semuanya dipermudahkan," kata Yusry kepada BH Online. 

Yusry dan Lisa mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya. Mereka mendapat cahaya mata pertama pada Oktober 2015.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2pmdudc
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2oZWhnz
via merahhaticintaku.blogspot.my

(8 GAMBAR) Polis Johor Saman Basikal Yang Diubah Suai RM300: Terbaik PDRM!



from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2qnLPan
via merahhaticintaku.blogspot.my