Wednesday, 1 March 2017

"Doktor, Boleh Tak Anak Mandi Ketika Demam?" Baca Jawapan Doktor Ini Untuk Selamatkan Anak Anda!


Biasanya anda tahu ke bacaan suhu anak demam? Ok, macam mana pula cara anda mandikan anak? Guna air suam atau belasah je dengan air sejuk? Nak tahu jawapan penuh dan cara yang betul, rujuk perkongsian dari Doktor Abdul Rahim Nor ini...

"Doktor, boleh tak anak saya mandi ketika demam?"

Soalan di atas banyak disoal oleh pesakit ketika saya merawat pesakit di klinik. Saya rasa adalah tanggungjawab saya memberikan penjelasan di bawah agar anak bangsa saya pandai menjaga anak ketika mereka demam. InshaAllah. Jangan pengaruh orang keliling, tetapi saya berharap anda bertindak dengan ada ilmu dan amal cara yang betul. Okay?

1. APA ITU DEMAM?

Demam adalah naiknya suhu badan dari suhu normal 36-37.5'C iaitu lebih 37.5'C. Demam sebagai pertahanan badan si bayi jika ada serangan bakteria/virus. Ketika ini, suhu badan naik automatik sebab si comel sedang bergusti sendiri melawan infeksi itu.

Itulah kita sebagai ibu bapa relax sajalah jika bayi itu tetap aktif bermain, minum dan makannya okay. Tak perlu berikan ubat penurun panas. Biarkan saja tubuhnya bekerja secara alami.

2. CARA MENURUNKAN SUHU TUBUH BADAN BILA DEMAM

A) Gunakan kain tuala kecil dibasahkan dengan air panas suam (Tapid Sponging) lalu diletakkan di dahi, perut, leher, ketiak dan celah paha. Air hangat suam ini dapat membantu pembuluh darah di kulit mengembang lalu membuka pori-pori dan memudahkan mengeluarkan suhu panas dari dalam tubuh.

B) Adalah satu kesilapan jika anda:

Menggunakan air sejuk, air ais atau ketul ais sebab hal ini bukannya menurunkan suhu tubuh badan tetapi meningkatkan lagi suhu badan kerana iar dingin menyebabkan pembuluh darah di kulit mengecut sehingga panas dibawa darah ke kulit, terhalang.

Apatah lagi bila demam ada yang suruh mandikan anak dengan air sejuk. Kasihan si anak lagi menggigil serta lagi naiklah demamnya. Kalau nak buat ekspirimen,jika kita ibu bapa demam, cuba terus pergi mandi air sejuk. Pijak lantai bilik air pun dah menggeletar. Apatah lagi nak mandi air sejuk?! Kalau periuk panas dibasuh poun akan berasap. Biar periuk itu sejuk terlebih dahulu, baru basuhkan. Bukan?

3. BERSELIMUT KETIKA DEMAM

Hindari menyelimuti si comel yang demam atau memakaikan baju yang tebal seperti jaket atau pakaian ketat yang boleh meningkatkan suhu badan. Sebaiknya gunakan pakaian yang tipis dan longgar, yang dapat menyerap peluh sehingga suhu badan si comel menurun ke paras normal

4. KERAP MINUM AIR

Demam paksa badan mengeluarkan cairan lebih banyak seperti peluh dan kencing. Maka rajin-rajinlah menyusu atau beri air yang banyak kepada bayi anda untuk mengelakkan dehidrasi. Lagi banyak cairan diberi, maka lagi banyaklah cairan yang keluar melalui urin yang juga menolong menurunkan suhu badan yang panas.

5. JANGAN GUNA AIR SEJUK!

Kalau nak dimandikan juga bayi/kanak-kanak yang panas, dibolehkan tetapi air yang digunakan haruslah air yang hangat suam. Jangan gunakan air sejuk. Dengan begitu, tubuh menjadi segar dan nyaman. Setelah mandi, keringkan tubuh dengan kain tuala dan terus cepat tutup badan dengan pakaian.

6. TAK PERLU MAKAN UBAT JIKA ANAK MASIH AKTIF

Anak tidak perlu makan ubat jika ia demam tetapi boleh makan, minum seperti biasa. Hanya jeram jelum anggota badannya dengan air panas suam. Ubat diberikan jika suhu badannya mencapai lebih dari 38'C.

Kalau bayi/anak anda demam berpanjangan lebih dari dua hari, kelihatan lesu, hilang selera makan minum, panas kejang, susah bernafas, muncul bintik merah atau biru di tangan, muntah, cirit birit, ini tanda infeksi kuman/virus yang tubuh badan bayi tidak berupaya melawan. Segeralah bawa bayi/anak berjumpa dengan doktor. Doktor akan siasat punca panas dan infeksi tersebut. Mungkin antibiotik diperlukan.

Nasihat saya, segera rawat demam anak anak. Elakkannya daripada menjadi sawan panas tarik "Fibrile Fit".

Sumber: Mingguan Wanita



from Sehinggit Media News http://ift.tt/2lTnoBk
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2lWB9xv
via merahhaticintaku.blogspot.my

Video Zizan Razak Hilang Sabar Akibat Ditanya Soalan Sensitif, Bertumbuk Dengan Seorang DJ Radio


Zizan dijemput pagi tadi ke sebuah stesen radio yang terkenal tanahair, dan akhirnya bertukar tragedi. Berang dengan soalan yang diajukan, akhirnya berlaku pergelutan antara Zizan dan DJ tersebut.

Mohd Razizan Abdul Razak lahir 15 April 1984 di Dungun, Terengganu, Malaysia atau lebih dikenali sebagai Zizan Razak, ialah seorang pelawak, pengacara, pelakon, penyanyi dan duta Malaysia.

Beliau merupakan anak bongsu daripada dua beradik. Beliau ialah naib juara Raja Lawak musim pertama, malahan ketika awal kemunculannya beliau dipanggil sebagai Zizan Raja Lawak.

Beliau juga dikenali menerusi gandingan bersama Johan Raja Lawak membentuk Jozan dan banyak menyertai pelbagai pertandingan lawak di Malaysia. Selain berbakat dalam bidang lakonan, beliau juga telah memperluaskan bidang kerjanya.

Namun pagi tadi dikejutkan dengan satu berita mengenai pergaduhan diantara Zizan bersama dengan seorang DJ radio. Turut berada di lokasi ada Ozlyn, isteri kepada Johan. Saksikan rakaman video tersebut.




from Sehinggit Media News http://ift.tt/2lWlUF4
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2mdoVU1
via merahhaticintaku.blogspot.my

Suka Bersendirian Adalah Ciri-Ciri Orang Bijak – Kajian


Seorang yang memiliki ciri-ciri ‘introvert’ antaranya bersikap lebih menyendiri dan tidak gemar bergaul dengan orang lain.

Menurut penulis artikel di HuffingtonPost, Carolyn Gregoire, berkata, bercanggah dengan perangai ekstrovert yang lebih mementingkan teman bercakap ataupun gemar berada di tempat ramai orang, si pendiam lebih berhati-hati memilih kawan dan hanya bercakap apabila perlu iaitu di hadapan rakan baiknya.

“Generasi muda yang introvert sebenarnya tidak gemar bercakap kosong dan lebih suka bersembang di media sosial yang mengutamakan sesi perbincangan atas talian tanpa perlu bersua. Mereka juga mempunyai daya pemikiran yang tajam dan selalu berfikir dengan teliti sebelum bercakap. Ini turut melabelkan mereka sebagai golongan cerdik pandai terutama apabila mereka sempat mengeluarkan kata-kata,” katanya.

Bukan antisosial

Kebanyakan anak muda yang terbiasa dengan istilah ini pastinya melabelkan rakan mereka sebagai seorang yang bosan ataupun antisosial. Menurut Carolyn, tanggapan itu tidak berasas kerana bukan semua golongan introvert bersikap demikian. Ada saja antara mereka yang suka berkawan cuma ia bergantung sama ada mereka selesa bersama dengan individu yang baru dikenali itu ataupun sebaliknya.

“Di mana rata-rata anggapan menyifatkan golongan ini lebih suka menyendiri dan jadi antisosial, itu sebenarnya menunjukkan tanda-tanda di mana mereka perlu bersendirian untuk memperoleh idea dan menjana kreativiti. Itu sebabnya si pendiam lebih gemar berfikir daripada bercakap dan gemar berada di sekeliling rakan-rakan yang memahami.

Jelasnya lagi, kebanyakan mereka akan berasa letih dan tidak selesa apabila terlalu lama bersosial bersama ramai orang. Justeru, insiden itu menyebabkan mereka lebih gemar lakukan sesuatu perkara berseorangan. Namun, kini golongan berkenaan lebih tangkas mengatasi kelemahan mereka kerana terlalu banyak desakan daripada orang sekeliling dan juga sebagai langkah untuk menyesuaikan diri di tempat kerja.

Jadi diri sendiri

Tidak perlu rasanya kita ubah siapa diri kita semata-mata untuk mendapat perhatian orang lain. Menurut kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat, 40 peratus tokoh yang berjaya seperti Bill Gates dan Mark Zuckerberg sebenarnya memiliki sifat-sifat ‘introvert’.

Justeru, setiap orang berjaya bukanlah bermakna mereka bijak bergaul mahupun banyak bercakap untuk menghiburkan orang lain tapi sebenarnya mereka yang selalu berhati-hati membuat penelitian. Namun, meneliti sikap yang dibincangkan di atas, tidak semuanya positif dan perlu dikekalkan.

Jika anda seorang yang pendiam dan terlalu suka bersendirian, itu juga menunjukkan tanda-tanda yang tidak elok pada karier dan perjalanan hidup.

Justeru, kekalkan beberapa ciri-ciri ‘introvert’ yang membawa nilai positif dan pada masa yang sama, ambil sedikit nilai ekstrovert iaitu berani dan gemar menambah kenalan untuk memperoleh ilmu pengetahuan serta memperluaskan pengalaman.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2lWb2aa
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2m7VemJ
via merahhaticintaku.blogspot.my

Inilah Kisah MANSA MUSA Manusia Paling KAYA Dalam Sejarah Manusia Yg Ramai TAK TAHU !!!


Bila mana kita menyebut orang yang terkaya di Malaysia pada saat ini, pasti ingatan kita akan terbang pada Tan Sri Robert Kwok, Tan Sri Ananda Krishnan ataupun Tan Sri Syed Mokthar Al-Bukhari. Apabila dipertanyakan kepada siapakah yang paling kaya di dunia, nama seperti Bill Gates pasti dibangkitkan. Namun pernahkah kita bertanya kepada siapakah yang paling kaya dalam sejarah dunia?

Orangnya bernama Mansa Musa. Pernah dengar nama gegerangan manusia ini? Tak? Untuk pengetahuan kalian Mansa Musa ini adalah raja kepada Empayar Mali yang suatu masa dahulu pernah berkuasa di barat Afrika. Kekayaannya kalau dihitung berjumlah 1.2 Trillion ringgit Malaysia. Wow! Banyaknya!!!

Dan untuk pengetahuan kalian, raja Musa ini adalah seorang yang beragama Islam dan kisah bagaimana Mansa Musa membawa rombongan untuk menunaikan haji ke Mekah. Di mana Mansa Musa membawa:

– 80 ekor unta yang membawa setiap satunya 140 Kilogram emas.
– 60, 000 orang hamba sayaha dan setiap satunya membawa 1 paun emas.
– Isteri pertama Mansa Musa pula membawa 500 orang pelayan wanita.
– Batalion tentera, doctor, guru agama, penglipur lara dan penyair.
– Bekalan makanan seperti kambing, ayam dan lembu.

Benar kata ALLAH, kalau kau adalah seorang dermawan dan setiap kali yang kau sumbangkan itu akan dilipatkali gandakan. Diceitakan andai Mansa Musa berjumpa dengan pedagang, maka akan dibeli barang mereka dengan wang emas. Setiap hari jumaat, dia akan mengarahkan rombongannya yang akan mengharungi 5000 kilometer perjalanan ke Mekah membina masjid.

Apabila tiba di Mesir, Mansa Musa telah membayar 50, 000 dinar kepada Sultan Mamluk yang memerintah mesir dan untuk menginap di Cairo selama sebulan. Ianya persamaan dengan 30 juta ringgit pada hari ini. Diceritakan juga di Cairo, selepas solat fardu, beliau akan memberi segenggam emas. Bayangkanlah saudara betapa banyak solat fardhu dan betapa banyaknya wang yang didermakan. Selama Mansa Musa di Mesir, harga emas jatuh teruk dan harga barangan dan makanan meningkat kerana emas berada di mana-mana sahaja.

Begitu besarnya kekayaan yang dimiliki oleh Mansa Musa ini? Tetapi ingatlah, sekaya mana pun Mansa Musa dengan 1.2 Trillion hartanya, ada yang lagi kaya di atas sana.


Sumber: FB The Patriots


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2lSBDGx
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2mJNjJl
via merahhaticintaku.blogspot.my

Aktivis Mahu Zakir Naik Ditangkap Dan Diusir Dari Malaysia


Sekumpulan aktivis hari ini memfailkan tuntutan mahkamah menuntut antara lain, satu perintah penangkapan dan pengusiran pendakwah kontroversi Zakir Naik.

"(Kami memohon) satu perintah bagi ketua Polis Negara (IGP) untuk segera menangkap Zakir Naik.

"(Juga), satu perintah untuk membatalkan status Zakir sebagai seorang pemastautin tetap Malaysia, jika ada diberikan (dan) satu perintah untuk mengusirnya dengan segera dari Malaysia," kata Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas memfailkan tuntutan mahkamah itu.

Saman itu difailkan oleh Waythamoorthy dan 18 yang lain, termasuk ADUN Bingkor Jeffrey Kitingan, peguam Siti Kassim dan Pengarah Center for Policy Initiatives Lim Teck Ghee.

Defendan yang dinamakan dalam saman itu adalah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan kerajaan Malaysia.-Malaysiakini







from Sehinggit Media News http://ift.tt/2lVpi2K
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2lSsRZe
via merahhaticintaku.blogspot.my

Sebab itu orang cakap, bila kau dah berkahwin, ipar dan mentua jangan cuba kacau ekonomi rumahtangga


Sebenarnya kisah yang saya nak post ni berkisar mengenai kisah keluarga saya. Bukan niat nak membuka pekung di dada tapi biar dijadikan iktibar buat semua.

Mak berkahwin dengan ayah atas dasar cinta. Namun keluarga bahagia impian mak saya sentiasa diganggu oleh insan yang berstatus ipar dan mertua.

Dari baru kahwin sampai kini ada saja tohmahan dilemparkan kepada mak saya. Mak saya seorang yang bekerjaya bagus. Berlatarkan keluarga yang bagus. Mereka menganggap jika ayah saya kawen dgn mak jadi gaji ayah boleh lah digunakan untuk menyara mereka sekeluarga (keluarga ipar, anak sedara, mak ayahnya, adik beradik) dan ayah saya hidup dengan saraan gaji mak saya.

Sedaaapp ja nak atur-rampas hak orang ssdangkan orang itu dah beranak pinak. Ayah jenis pak turut keluarga. Apa mak ayah adik beradik dia nak semua dia turutkan hingga suatu masa barang kemas saya, mak dan adik sewaktu kecil pun dia gadaikan demi nak bagi duit kat adik beradik dia kalau tak atuk sumpah tak masuk syurga!!! . Atuk dan nenek keduanya berpencen dan wang bukanlah isu besar bagi mereka sebenarnya. Mereka juga berharta tapi tamak!!. Sedangkan makan minum hidup mati kami si cucu ni tak pernah dia ambil tahu.waktu kami kecil sentuh salam kami pun dorang tak nak. Macam tu ke atuk/nenek?? Berbalik pada isu gaji tadi.. Mak saya sampai satu tahap melawan idea bangang keluarga ayah.

Ye lah.. Kalau macam tu senang la.. Korang beranak pinak orang lain yg menanggung.. Anak sendiri diabaikan. Mana boleh!! Ipar mak juga bekerja dengan kerajaan tapi gaji selalu tak cukup. Mana tak cukup.. Orang beli itu dia pon nak, orang pergi berjalan dia pon nak p jugak, hutang keliling pinggang.bila pencen buat rumah sebesar alam tapi tak ada saving. Akhirnya sampai ke matilah hidup ditanggung.. Dia dok goyang kaki dengan anak bini dia. Apa yg buat saya terkilan.. 

Sampai ke hari ini dah 30tahun aku hidup mereka masih meminta duit dari ayah.pelik. Masalah duit yang tak pernah selesai… Sedih Ya Allah.. Mak kami nak minta RM2 dari ayah pun kena maki tau. Kesian tgk mak. Kkdang berjurai air mata dia. Tapi tak pernah nak burukkan ayah. Namun kami ni berotak dan tahu menilai. Sampai satu tahap kami hilang rasa hormat pada keluarga ayah. Benci. Mertua mak pula tak habis2 burukkan mak itu ini kat satu malaysia. Ye burukkan lah.. Allah maha kaya, dorang rampas hak mak kami Allah kurniakan berganda rezeki untuk mak. Dinaikkan pangkat dan darjat. Harta tak payah cakaplah..

Yang paling kelakar keluarga ayah cakap tu semua ayah yang punya.. Hahaha korang dah lupa ke bulan2 korang dok mintak duit tu agak2 orang tua tu masih ada saving?? Tu ayah hidup.. Kalau ayah dah tak ada kami boleh bayang drama nak menuntut harta ayah kami macam mana dari pihak dorang. Sebagai anak kami dah fobia dengar perkataan sedara mara. Kami cuma nak bersama dengan mak ayah kami ja tanpa gangguan sedara mara yang gemar mengambil kesempatan.

Yang atuk nenek pula sewaktu kami kecik langsung tak mahu pandang kami, sentuh kami bila dah besar kami pun masing2 dalam sektor profesional negara mulalah drama “cucu atuk bagus…nanti jangan lupa bagi duit kat atuk ye..” direct je cakap.. Wah kau.. Aku sebagai anak yg pendam dah lama depan2 sedara mara ayah aku cakap “eh, dulu waktu kecik atuk sentuh kami, pandang kami pun tak nak…duit raya pun xpnah bagi sedangkan cucu2 lain diberi kami disisih kenapa pula sekarang kami nak bagi duit kat atuk?” ayah senyap. Sedara mara membisu. Ada yang tak berani angkat muka. Atuk berubah wajah namun tidak serik.

Samalah juga dengan anak sedara yang ayah duk tatangkan tu. Baju raya kami disisih. Anak sedara diutamakan. Sekarang mana p dorang?? Keluar masuk lokap! Tak habis menyusahkan. Anak sendiri pula jadi kebanggaan. Mak hingga kini diganggu dengan tomahan keluarga ayah. Namun mak kini lebih tough dari dulu. Tiada lagi air mata. Mak dah tawar hati.

Bila kami dah berkeluarga sendiri apa yg kami nak hanyalah masa bersama keluarga kami. Mak xpernah nak ganggu anak2. Mak masih bekerja ya. Makin murah rezeki. Kerja dalam dan luar negara ni biasa je bagi dia. Tu pun puaka2 sebelah ayah masih berdengki sedangkan dorang yang bengap tak reti2 nak majukan diri. Tapi mak dah tak heran. 

Mak cuma fokus pada anak2 dan cucu2 nya sahaja. Mungkin sebab dia dah rasa dulu. Kami adik beradik pun tak pernah nak ganggu hidup sesama kami adik beradik. Walaupun saya mempunyai ipar2 jadian yang busy body dan pencetus tragedi namun semua itu dapat disangkal dan terasa diri bagai kalis segala hasad syaitan tu. Dah 30 tahun kot aku nampak drama macam ni depan mata. Kau yg baru nak naik mmg jangan nak cabar sangat lah. Hati ni dah keras. Stakat drama ala drama pkl 7 tu biskut kering ja bagi aku.

Di sini juga saya menyeru semua insan manusia supaya bukakanlah minda anda terangkanlah hati supaya jangan menyibuk hal adik beradik bila dah kahwen. Privasi adik beradik terhapus secara automatik bila wujudnya insan bergelar menantu di dalam keluarga. 

Dan hormatilah insan yang bergelar ipar kepada adik beradik korang. Jangan di ganggu keharmonian rumah tangga mereka walau se-milimeter pun nilainya. Adalah lebih waras jika masing2 fokus berusaha meningkatkan kemampuan hidup keluarga masing2. Ada masa bertemu maka bertemu jua. Jangan risau, air dicincang takkan terputus. Sekian.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2mrMiK8
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2laRl10
via merahhaticintaku.blogspot.my

Tuesday, 28 February 2017

Pelajar Melayu Di Jepun Ni Bagi 25 SEBAB Sbb Dia TAKMO Blk Malaysia. #19 Paling KELAKAR !!!


Terkadang ada kenalan bertanya nak duk Jepun sampai bila.. Apa plan lepas grad? Nak kerja dekat mana? ‘Baliklah cepat’.. bila aku jawab taknak balik Malaysia nak stay Jepun lama sebab sini best, ramai yg suka menyindir aku ‘lupa daratan’ , ‘tak rindu keluarga’ , ‘lupa kawan’ , ‘bajet da jadi org jepun’ , ‘duk negara maju dah tak pandang kampung’ etc..

Biarlah aku berterus-terang. Jujur, aku memang takde jawapan untuk sindiran2 ni, cuma nk ajak korang berkhayal seketika. Cuba bayangkan apa perasaan korang kalau kehidupan korang hari-hari mcm bawah ni :

01 – Setiap kali korg membeli-belah korang disambut dengan kata2 ‘selamat datang, terima kasih kerana datang’ beserta senyuman..

02 – Setiap kali sudah membeli-belah walaupun sebiji gula2 korang dihargai dengan kata2 ‘terima kasih sila datang lagi’ bermula dari pekerja di kaunter, pengemop lantai, hinggalah tukang buang sampah di luar kedai ..

03 – Korang bawak sekeping rm100 ke kedai runcit nak beli aiskrim sebatang, bila nak bayar korang tak perlu risau kena suruh dengan cashier pergi pecah duit dulu tempat lain atau risau kena buat muka dengan cashier ni sebab menyusahkan dia nak bagi baki..korang boleh bayar aiskrim yang berharga 50sen tu dengan sekeping rm100, siap bayar dia terima kasih, senyum lagi kt korang..

04 – Kalau korang tengah beratur ada urusan atau membeli belah, korang tak perlu risau langsung barisan kena potong begitu jugak masa tengah beratur jam di jalan raya, takkan ada pemandu terencat yg kononnya ‘aku sorang lah yg nak cepat sampai’ pakai line kecemasan potong barisan..

05 – Tiap kali ada org buat salah sekecil mana sekalipun dia ni akan terus mintak maaf dengan badan, kepala sekali ditundukkan walhal kesalahan tu adakalanya kita yg salah..

06 – pintu rumah korang tak perlu geriji, tak perlu kunci, apatah lagi CCTV, korg boleh tinggalkan harta karun emas berselerak di ruang tamu/ bilik sepanjang tahun sambil bercuti ke Europe sebulan dua bulan atau setahun tanpa perlu risau hilang dicuri rumah masuk penyamun..

07 – Tiap kali korang berjanji dengan orang sekeliling korang tak perlu kalkulator nak congak waktu nak sampai samada lewat sejam, atau sejam selepas waktu yg dijanjikan tu sebab partner korang memang akan sampai sharp on time/punctual dengan kadar kelewatan serendah 0.000001 saat

08 – Korang tak perlu pikir pasal masa tiap kali nak travel or keluar dating dengan awek kalau naik public transport sebab transport mmg akan punctual dengan jadual masa..

09 – Korang boleh sampai ke seluruh pelusuk hujung tanah mana sekalipun dengan hanya naik train..

10 – Korang nk buang sampah tapi tong sampah takde, sampah keliling pun takde so korg akan rasa segan nak buang sampah merata n secara automatic persekitaran korg akan bersih n terjaga..

11 – Di jalan raya, time korang tengah drive tiap kali ada kereta dari jalan lain nk masuk depan & bila korang bagi laluan driver tu kasi lampu emergency sepintas lalu n tak pernah hiraukan budi baik korang (signal terima kasih)

12 – Tiap kali korang di satu simpang nk keluar jalan lain, korg tak perlu rush nak tekan pedal minyak nak cepat sebab kejap je akan ada kereta yg bagi korang masuk line tanda masyarakat keliling korang yg prihatin & suka mengalah..

13 – Korang masuk tandas awam mana2 pun bersih, kadang2 bersih sangat sampai korang was-was itu tandas atau surau ?

14 – Tiap kali mengidam nak beli sesuatu, korang boleh goyang kaki dalam bilik, boleh beli/bid hampir kesemua barang secara online tanpa perlu risau dikencing scammer/penipu/penyangak, dan barang yang dipesan akan sampai terus di rumah sehari atau dua hari selepas pembayaran..

15 – Korang tak perlu pergi ke banyak tempat nk bayar bil2 rumah, insurans kereta, nak beli tiket bas, tiket jet nak gi umrah ke, nak post barang, cukuplah sekali ke convenient store, kedai serbaneka je (cth : 7eleven, KK) semua boleh setel kat situ..

16 – Korang boleh chill wat lek wat pis je kalau ada barang berharga (wallet etc) tercicir, tak perlu gelabah sangat sebab chance korang nk jumpa balik di tempat terjatuh / balai polis tu tinggi ..

17 – Korang boleh pegang duit banyak2 dalam wallet, pakai n bawak gajet2 or perhiasan mahal dengan selambe je ke sana sini tanpa risau disamun..

18 – Korang boleh keluar jalan sorang2 tengah malam buta nak tenang pikiran time putus cinta ke tanpa pikir panjang soal keselamatan yakni risau dengan penjenayah perompak pembunuh perogol mahupun peliwat..

19 – Korang bebas buat apa saja aktiviti/benda pelik di tempat awam tanpa risau aksi korang dirakam orang lain dan diviralkan di fb kerana masyarakat keliling korang bukan keyboard warrior dan memang jenis tak hiraukan orang lain ..

20 – Bagi yg biker n ada helmet mahal2 macam Shoei, Arai, Barai ke korang tak perlu susah2 angkut ke sana sini helmet tu takut hilang dicuri letak je di motor pastu tinggallah berapa puluh tahun sekalipun nescaya takkan berganjak dari tempat asal tu..

21 – Korang tak perlu risau terkena darah tinggi sebab tekanan perasaan ketika main game online sebab internet sangat laju selaju-laju-laju-lajunyee selaju jet snack Apollo tak kira celah semak mana korang duduk..

22 – Kuga tak perlu risau kena darah tinggi sebab tertekan tengok gelagat menteri korang sebab dorg memang hati bersih bagai air yang jernih di dalam bekas yang berdebu zahirnya kuturan itu terlihat kesucian yang terlindung jua… eh ni lagu !

23 – Korang bebas berselfie tanpa dikecam………….. hm.

24 – Last sekali, bayangkan korang dapat jadi orang paling power bahasa inggeris walaupon english SPM korang dulu fail teruk E+, beza nasi dengan nation pon tak tau, tapi korang lah yang paling power sekali fuhh perasaan ni yg paling win ..

Tu baru sikit, nak bagi semua situasi memang takkan habis nak ditulis. Pernah ada yg kata kt aku malaysian2 yg taknak balik & memilih nak duk lama tempat orang ni dorg dah lupakan negara sendiri, atau alasan lain yg masuk akal sikit sebab nk menikmati keseronokan 4 musim. Sebenarnya pada aku bukanlah benda tu yg buat kami perantau2 ni taknak balik ke tanah air, tapi segala-galanya soal keamanan, kesejahteraan & kesenangan dalam meneruskan kehidupan seharian. Kalau di Malaysia sekarang situasi sangat tenat esp politik, ekonomi, jenayah..tak hairanlah mereka2 ni nk kena halau dulu baru pandai nak balik.

Aku kalau diberi pilihan aku pilih untuk stay selama yg boleh kat negara matahari terbit ni bukan sebab aku tak rindukan Malaysia, bukan sebab tak rindukan keluarga, bukan sebab lupakan member, tapi sebab hidup di Malaysia tanah air sendiri sekarang ni ibarat warga asing yg di anaktirikan kerajaan, sangat membebankan, bermacam masalah. Pun begitu, aku terpaksa balik jugak tahun depan. Malaysia pada aku walaupun tanpa 4 musim, kalau kehidupannya seharmoni waktu kecilku dulu, pemimpinnya yg sepandai Tun Mahathir memerintah dulu, pastinya lagi indah didiami berbanding Jepun tanah yang aku pijak sekarang ni !


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2mbK5Sg
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2lnYBlz
via merahhaticintaku.blogspot.my