Wednesday 7 February 2018

"Tak Tahu Apa Masalah Watie Degil Tak Nak Bayar, Alasan Tak Masuk Akal!" - Hana


Aduh, tak selesai lagi kes hutang antara bekas anggota kumpulan Elite, Hana Adnan dan Watie Sadali. Dah berzaman kes itu kan? Bila nak selesainya?

MStar Online melaporkan, Norhanasafiza Mat Adnan yang lebih mesra disapa Hana, 40, masih belum menerima walau sesen daripada Watie seperti diperintahkan Mahkamah Sesyen Selayang pada Oktober tahun lalu.

Mahkamah memerintahkan Watie untuk membayar RM112,000 melalui Jabatan Insolvensi bagi memulihkan nama Hana yang disenaraihitamkan selepas dia gagal membayar tuntutan saman penghakiman berjumlah RM707,351.81 pada 10 Mac 2015.


"Sehingga ke hari ini saya masih belum menerima sebarang bayaran seperti mana diperintahkan pihak mahkamah sejak Oktober tahun lalu.

"Saya sendiri tidak tahu apa masalah dia (Watie) tidak mahu membayar hutang tersebut.

"Alasan dia tidak tahu mengenai perintah tersebut memang tak masuk akal," katanya.

Watie sepatutnya melunaskan bayaran permulaan sebanyak RM99,500 sebelum atau pada 30 November tahun lalu dan baki RM2,500 sebulan bermula Januari sehingga Mei 2018 perlu dibayar secara berperingkat.


Watie perlu membayar ganti rugi itu selepas kalah kes tuntutan berhubung kegagalannya melunaskan bayaran pinjaman bank menggunakan nama Hana bagi membeli sebuah Toyota Wish.

Dakwa Hana, Watie gagal membayar ansuran bulanan, cukai jalan, insurans dan perkara berkaitan sejak September 2010 hingga Hana diisytiharkan muflis pada 1 April 2013.

Berikutan kedegilan Watie menjelaskan hutangnya, Hana tidak akan teragak-agak membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi.

"Saya difahamkan oleh peguam pihaknya juga ada melantik peguam dan saya sendiri akan membawa kes tersebut ke Mahkamah Tinggi sekiranya dia tetap berdegil bagi mendapatkan hak saya," tegasnya.

Kenapa Watie keras kepala sangat nak melangsaikan hutang tu? 

Sumber: CARI forum


from Sehinggit Media http://ift.tt/2EmVqIy
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2BfgVsA
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment