Friday 2 February 2018

Pengurus Restoran Dibelasah Selepas Ajak Pekerja Buat Seks


KUALA LUMPUR: Gara-gara mengajak seorang pekerja wanita melakukan hubungan seks, seorang pengurus restoran makanan segera di Presint Diplomatik, Putrajaya, telah di belasah dengan teruknya. 

Kejadian itu dipercayai berlaku sekitar jam 11 malam apabila ibu dan bapa remaja wanita terbabit yang berusia 22 tahun itu datang ke restoran berkenaan selepas anak mereka mengadu mengenai tindakan pengurus restoran berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan, ibu dan bapa pekerja itu datang bersama beberapa rakan lelaki mereka semata-mata untuk berbincang mengenai perkara yang berlaku. 

Namun, perbincangan itu akhirnya bertukar menjadi adegan tumbuk-menumbuk apabila ibu bapa wanita terbabit berang kerana anak mereka akan diperlakukan sedemikian rupa. 

"Bagaimana pun ketika perbincangan antara keluarga wanita terbabit serta pengurus restoran dan dua rakannya, berlaku rasa tidak puas hati hingga berlaku pergaduhan dan rusuhan di tempat kejadian.”

Semasa pergaduhan tersebut berlaku, mereka juga turut menggunakan beberapa objek daripada kedai sebelah restoran terbabit sebagai alat khas untuk memukul suspek. 

Bagaimana pun, anggota peronda polis (MPV) yang dimaklumkan mengenai kejadian itu kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan.

"Berikutan rusuhan itu, polis menahan empat lelaki dan dua wanita daripada pihak keluarga wanita terbabit selepas mereka dilaporkan menyerang pengurus restoran itu.”

"Namun susulan siasatan selanjutnya, pihak polis kemudian memberkas pengurus terbabit serta dua rakannya yang juga dilaporkan turut menyerang keluarga wanita terbabit.”

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan rusuhan dan pihak polis sedang berusaha untuk mendapatkan perintah tahanan reman hari ini untuk kesemua mereka. 

Sumber: Berita Harian


from Sehinggit Media http://ift.tt/2rZaVkK
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2FEEQAF
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment