Saturday 3 February 2018

“Membazirnya Aku Rasa, Duit Perabis Dekat Tandas Je” - Labur Banyak Wang Sekadar Mahu Tengok Tandas Cantik, Netizen Sedih Lihat Aliff Syukri Membazir


Keinginan manusia ini tidak sama,kemampuan juga tidak sama. Ada orang kerja kuat sebab nak penuhi keperluan hidup,mahu beli sebuah kereta dan sebuah rumah sederhana. Ada orang semua dapat beli sehinggakan sudah tidak tahu mahu membeli apa lagi dalam dunia ini sebab semua sudah di miliki. Mungkin itulah juga yang berlaku pada hidup Ds Aliff Syukri.

Menurut Aliff Syukri,istana mewahnya tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk tunggu siap sepenuhnya. Bagi anda yang tidak tahu, rumah mewah Aliff Syukri yang terbaru ini memanglah tersangat mahal dan kesemua ruang yang ada dalam rumah ini di lengkapi dengan banyak barangan import luar negara.


Pendek kata,impian Aliff Syukri dari kecil mahu jadi macam anak raja dan tinggal dalam istana terkabul dengan adanya rumah mewah ini. Mungkin sebab wangnya melimpah ruah,makanya Aliff Syukri membina tandas yang sangat mewah dan elegan ini di dalam rumah barunya itu.Kata Aliff ” inilah pic dari arketik di istana luar negara.. Inspirasi yg saya ambil utk toilet umah sy…bukan nak mandi sangat pun cuma suka tgk2 sbb cantik…kalau boleh semua ruang nak nampak cantik termasuk tandas… “



Kiranya tandas itu tiadalah niat untuk di gunakan sangat untuk keperluan harian cuma sekadar untuk mencuci mata. Netizen yang tidak berkemampuan sudah tentu merasa ianya sangat membazir. Tandas mewah itu terlihat sangat mahal apatah lagi jika di gunakan dengan hiasan super mewah apatah lagi inspirasi dari luar negara.

Pada masa yang sama, netizen juga menegur Aliff Syukri supaya tidak meletakkan patung di dalam rumah walaupun dalam tandas.


Mungkin inilah yang di katakan terlalu banyak wang. Rumah mewah sudah ada,kereta mewah sudah ada,semuanya sudah ada. Semoga akan datang Aliff Syukri juga mempunyai pusat tahfiz terbesar di Malaysia selain menjadi antara usahawan Melayu yang mempunyai rumah paling mewah di muka bumi Malaysia.

“Mewahnya rumah dia…tandas dia sahaja mungkin lebih mahal dari rumah aku”

“giler betul design tandas mcm hotel tempat artis hollywodd tinggal”

“tinginya imaginasi dan nafsu dia…..huhu..”

“Membazirnya aku rasa,duit perabis dekat tandas je……untuk tgk je padahal…bagus kalau boleh sederhana je wlau duit melimpah”

“Duit dekat bahagian tandas tu mungkin 50% boleh kasi dekat org susah…siapa yang perlu nak mandi dalam tempat mcm tu? sekadar mandi dan buang air cukuplah……maybe dia dah banyak sedekah..itu bagus tpi untuk duniawi lebih manis kalau bersederhana”

Kredit : Kisah Dunia


from Sehinggit Media http://ift.tt/2s2x2qB
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2FHZUGy
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment