Wednesday 14 February 2018

Doktor Kongsi Cara Sebenar Makan Limau Mandarin Supaya Tidak Batuk Dan Sakit Tekak


Musim tahun baru cina tidak kira melayu atau india atau bangsa lain dapat menikmati masam manis limau mandarin atau lokam apabila mendapat sumbangan stok limau dari golongan berbangsa cina ataupun membeli sendiri di pasaraya yang banyak menjualnya.

Seperti sebuah fenomena, ramai yang akan memakannya dalam kuantiti yang banyak sehingga menyebabkan batuk dan sakit tekak yang begitu tidak menyelesakan.

Seorang doktor telah berkongsi cara sebenar untuk menikmati buah limau mandarin bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina ini:



Limau sangat kaya dengan vitamin C dan ia sepatutnya menghalang kita dari gejala sakit tekak. Namun begitu, bilangan pesakit yang menghidap gatal dan sakit tekak serta batuk bertambah sekali ganda dalam musim perayaan dan apakah kaitannya dengan limau mandarin tersebut?

Pengusaha buah-buahan memang ada menggunakan sejenis bahan kimia iaitu ‘Sulphur dioxide’. Buah limau ini akan direndam terlebih dahulu kedalam cecair yang mengandungi bahan kimia tersebut sebelum ia dimasukkan ke dalam kotak untuk tujuan melindungi kulit limau dari dijangkiti bakteria, kulat dan serangga dan secara tidak langsung ia bertindak sebagai bahan pengawet supaya ianya dapat bertahan lama sebelum dipasarkan.

Apa kesan ‘Sulphur Dioxide’ yang terdapat pada kulit limau tersebut kepada manusia?

Ia boleh menyebabkan radang dan kesakitan tekak yang teruk, demam dan gejala batuk kering yang berpanjangan. Ia juga boleh menyebabkan sakit perut dan radang usus. Terdapat juga kes alahan seperti radang kulit dan serangan penyakit lelah.

Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?

1. Basuh atau rendam dahulu buah limau ini dan kemudian barulah dimakan.

2. Pastikan jari yang terkena kulit limau yang tidak dibasuh tidak tersentuh dengan isi limau yang hendak dimakan.

3. Sekiranya perlu, pakailah sarung tangan plastik ketika mengopek limau!

Semoga anda kekal sihat dimusim perayaan ini.

Sumber : Dr. Rosli Abdul Jalil via http://www.ohmymedia.cc


from Sehinggit Media http://ift.tt/2F2QoOZ
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2Ciu1lH
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment