Monday 5 February 2018

Abah Terhebat, Manusia Penyayang, Tweet Norman Pada Suami Abby Abadi


Anak sulung hasil perkongsian Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Danish Hakim kini telah terbang ke Turki untuk meneruskan pengajian hafazannya. Di instagram, Abby Abadi ada berkongsi momen indah mereka sekeluarga menghantar Danish ke pusat pengajiannya. Namun, difahamkan Norman Hakim dan Memey Suhaiza tidak menyertai rombongan tersebut.

Abah Terhebat, Manusia Penyayang

Norman Hakim menerusi instagramnya memuat naik screenshot panggilan videonya bersama suami Abby Abadi iaitu Jai Ezzany. Sebak pulak admin baca. Memang salute dengan hubungan mereka, dah macam adik beradik.


Abah @jaiezzanyvideocall kita 3 kali sehari. Rindu kita kew? Hik!Hik! Taklah. Dia cerita dari A sampai Z apa perkembangan semasa dari sana.. Abah terhebat, manusia penyabar & hati paling bersih dalam dunia… tolong jaga anak3 kita dan jaga kawan kita @abby_abadi112 ibarat macam malaikat diturunkan dari langit.. Terima kasih abah @jaiezzany utk segala2nya

Menerusi posting tersebut, Norman Hakim mengucapkan terima kasih kepada Jai Ezzany kerana menjadi abah terhebat, manusia penyabar dan hati paling bersih dalam dunia. Norman juga meminta tolong Jai supaya menjaga anak-anak dan Abby Abadi seperti malaikat yang diturunkan dari langit.


Alhamdulilah, keluarga terbaik setakat ini. Semoga hubungan baik diantara mereka dapat dijadikan contoh buat pasangan di luar sana.

Sumber: Kisahdunia.com


from Sehinggit Media http://ift.tt/2EGqjW5
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2BWirNb
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment