Tuesday 14 April 2020

TERKINI: Tidak Lagi Tumpu Kompaun, Sesiapa Ditahan Ingkar PKP Akan Direman & Dihadapkan Ke Mahkamah Mulai Esok - Menteri


Putrajaya, 14 April – Kementerian Pertahanan akan memberi hukuman yang lebih berat kepada mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan mulai esok.

Hal ini diumumkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hari ini.

”Esok, PKP 3 akan dilaksanakan. Saya percaya, anggapan rakyat kepada tindakan polis adalah tindakan lebih keras dan tegas. Saya lihat, rakyat seolah-olah tidak peduli atau tidak takut kepada undang-undang yang kita ada hari ini.

”Mungkin, RM 1000 dianggap tidak begitu tinggi untuk menakutkan kepada mereka yang ingkar PKP ini. Oleh itu, kita bersetuju mulai esok, polis tidak lagi memberi tumpuan kepada kompaun.


“Mulai esok, sesiapa yang ditahan akan direman dan dihadapkan ke mahkamah. Biarlah mahkamah yang memutuskan kerana mengikut Seksyen 24 Akta 342 bahawa mahkamah boleh menghukum mereka tak lebih dua tahun penjara dan lima tahun penjara untuk kesalahan seterusnya,” katanya.

Budi bicara polis

Tambahnya, kementerian memberi kuasa kepada pihak polis untuk menentukan sama ada ingin bertindak atas budi bicara atau terus mereman individu terlibat.

“Kita berikan kuasa kepada pihak polis untuk menentukan. Tetapi fokusnya jika dahulu kita beri kompaun, kini ia bukan lagi keutamaan.

“Lagipun, orang tak takut. Semakin hari semakin meningkat jumlah (orang) yang dikompaun,” ujarnya.

“Jadi sebab itulah kita putuskan tadi, keutamaan kita adalah bawa mereka ke mahkamah, diadili di mahkamah. Hakim boleh tentukan sama ada denda atau penjara sekalipun,” ujarnya.

Setakat semalam, jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP adalah sebanyak 9,090 individu, manakala jumlah kompaun yang dikeluarkan adalah 4,036 kompaun

Sumber: RTM via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media https://ift.tt/34GErvu
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2VriKv5
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment