Wednesday 15 April 2020

Penduduk Thailand Jual Emas Untuk Tampung Perbelanjaan Akibat Covid-19


BANGKOK: Warga Thailand membanjiri kawasan Chinatown di sini untuk menjual barangan kemas mereka berikutan peningkatan harga emas sejak bermulanya pandemik COVID-19.

Ketika ini, harga emas meningkat tujuh kali ganda iaitu kepada AS$1,731.25 (RM7,514.14) bagi setiap 28.3 gram, disebabkan pergerakan ekonomi global yang bersandarkan kepada kestabilan ekonomi Amerika Syarikat (AS).

Peningkatan itu menarik penduduk Thailand untuk menjual simpanan barangan kemas mereka ketika berdepan dengan kesukaran dan ketidaktentuan ekonomi.

Kebanyakan warga Thailand membeli perhiasan emas sebagai pelaburan dan akan menjual sekiranya harga meningkat atau memerlukan wang dengan kadar segera.


Di Bangkok, perintah berkurung dua minggu mendorong ribuan orang mengunjungi kawasan Yaowarat di Chinatown, Bangkok bagi menjual gelang, rantai atau cincin emas.

Menurut Pengerusi Persatuan Pedagang Emas, Jitti Tangsitpakdi, pedagang emas dianggar pula sudah membeli emas bernilai AS$10 juta (RM43 juta) hanya hari ini saja.

"Di satu kedai saja berlaku transaksi 200 juta baht (RM26.5 juta) membabitkan barangan seperti loket dan jongkong emas.

"Perniagaan kebanyakan orang kini terjejas amat teruk selepas perintah berkurung dilaksanakan. Jadi, lebih baik menjual emas dan menyimpan tunai.

"Sepanjang 60 tahun dalam perniagaan ini, saya tidak pernah melihat orang beratur sebegini untuk menjual emas," katanya.

Ekonomi Thailand merudum sehingga ke tahap lima peratus tahun ini selepas serangan coronavirus dan antara yang terjejas adalah industri pelancongan, mengakibatkan ramai menganggur. - AFP


from Sehinggit Media https://ift.tt/2VbqL8w
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2ymlB0j
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment