Friday 17 April 2020

Jemaah Tabligh Tunjuk Akhlak Terpuji, Staf Hospital Thailand Berbaris Beri Penghormatan Ketika Discaj


Di Malaysia, salah satu kluster wabak ini adalah daripada jemaah tabligh yang menyertai perhimpunan di Masjid Sri Petaling di Selangor. Perhimpunan yang diadakan setiap tahun ini dihadiri ribuan jemaah dari rakyat tempatan mahupun dari negara luar.

Menerusi perhimpunan ini, ramai jemaah dari dalam dan luar negara telah disahkan positif Covid-19 dan menerima rawatan di hospital.

Sepanjang dirawat, akhlak dan teladan yang ditunjukkan oleh mereka meniti di bibir doktor mahupun jururawat di negara ini.

Jemaah bukan sahaja dikatakan sangat baik dan mengikut arahan, namun wad kuarantin turut ‘dihiasi’ dengan solat jemaah dan alunan al-Quran.

Seperti yang berlaku di negara jiran Thailand, jemaah tabligh yang selesai menjalani kuarantin diberikan penghormatan oleh kakitangan di Hospital Samutprakarn.


Berbaris dan menepuk tangan

Menerusi sebuah video yang tular, barisan petugas seperti doktor dan jururawat dilihat berbaris dan menepuk tangan apbila jemaah tabligh beransur keluar daripada wad.



Iring jemaah keluar hospital

Malah, apa yang lebih menyentuh hati, petugas turut mengiringi para jemaah keluar daripada hopsital dengan membantu membawa barangan mereka pulang menaiki bas yang telah disediakan.





Dengan senyuman, petugas memberikan lambaian terakhir kepada semua jemaah sekaligus memberi bukti bahawa keperibadian jemaah ketika dirawat sangat disenangi ramai.


Sumber: Facebook Ayob Abd Majid via Siakapkeli


from Sehinggit Media https://ift.tt/2VxlV4q
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3anGLJ6
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment