Friday 17 April 2020

Hanya 69 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini, Paling Rendah Sejak 14 Mac


Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 69 lagi kes baru jangkitan COVID-19 dilaporkan setakat hari ini, 17 April 2020.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia meningkat kepada 5,251, dengan 2,198 kes aktif dan 51 jumlah pesakit kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).




Dukacita juga dimaklumkan juga terdapat 2 lagi kematian dilaporkan oleh KKM setakat ini, menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 di Malaysia juga meningkat kepada 86 kes.


Dalam perkembangan sama, sebanyak 201 lagi kes telah dibenarkan discaj, dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh juga meningkat kepada 2,967 atau bersamaan 56.5% daripada keseluruhan kes.



Sumber: KKM


from Sehinggit Media https://ift.tt/3cruCnQ
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2VCgukH
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment