Tuesday 14 April 2020

Bersalin Anak Kembar, Wanita Meninggal Dunia Selepas 14 Hari Koma


Seorang wanita yang dilaporkan tidak sedarkan diri selepas selamat melahirkan sepasang bayi kembar meninggal dunia. Berita duka tersebut dimaklumkan rakan baiknya di laman Facebook. Difahamkan, arwah telah koma selama 14 hari.

Sedar la sayang


Sayang, biy rindu sayang. Semua orang rindu sayang.. Ma ayah abah adik semua orang rindu. Sedar la sayang anak kita tunggu sayang. Biy blur tak tahu nak buat macam mana. Nak tengok sayang pun tak boleh. Biy hanya mampu berdoa untuk sayang. Ya Allah kau kuatkanlah hamba mu ini ya Allah.

Suami arwah, Mie Mie, ada memuat naik curahan hati memohon agar isterinya itu segera sedar. Dia dan seluruh keluarga sangat rindukan isteri dan hanya mampu mendoakan kesembuhan.


Cukuplah tidur sayang


Sayang cukup laa tido sayang. Bangun sayang. Biy tahu sayang kuat Biy selalu doakan sayang semua orang doakan sayang. Anok kito sihat duo duo. Sayang sayang keno kuat. Biy hanya mampu berdoa untuk sayang. Biy tak kuat tengok sayang keadaan gitu. Ya Allah hanya Engkau Maha Penyembuh Yang Maha Esa. Ya Allah aku hanya berserah padamu ya Allah.. Aminn. Anok kembar kito mesti comel macam sayang deh.

14 hari koma selepas melahirkan



Rakan baik arwah, Nurul Asma Salsabila memaklumkan Nur Nasuha sudah meninggal dunia kira-kira jam 9 pagi setelah 14 hari bertarung nyawa. Pada 31 Mac lalu, arwah telah selamat melahirkan sepasang bayi kembar perempuan yang sihat dan sempurna.

Masih terkejut dengan berita tersebut, rakan mendoakan semoga diberikan syahid oleh Allah SWT.

Sumber: Nurul Asma Salsabila , Mie Mie via Ohbulan.com


from Sehinggit Media https://ift.tt/3a9pmUi
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2VpTZQ4
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment