Tuesday 14 April 2020

Alhamdulillah. 202 Pesakit COVID-19 Telah Sembuh Dan Dibenarkan Discaj Hari Ini


Sebanyak 202 kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini, melebihi jumlah kes baharu positif COVID-19 yang merekodkan 170 kes, setakat jam 12 tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata angka pulih itu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,478 kes bersamaan 49.7 peratus.

Beliau berkata, peratusan pulih itu hampir separuh daripada keseluruhan dijangkiti COVID-19, iaitu 4,987 kes.

"Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa terdapat 202 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dan telah discaj daripada wad sebanyak 2,478 kes bersamaan 49.7 peratus, iaitu hampir separuh daripada jumlah keseluruhan kes.


"Hari ini juga, bilangan kes yang discaj melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan.

"Sehingga 12 tengah hari (tadi), terdapat lebih 170 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 4,987 kes," katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Setelah kes keseluruhan ditolak dengan kes discaj dan kematian, Dr Noor Hisham berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah sebanyak 2,427 kes.

Menurut beliau, mereka diasingkan dan diberi rawatan.

"Sehingga kini, seramai 60 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 33 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.


Sumber: BH Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/3ci5v6N
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2Vl1abW
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment