Wednesday 15 April 2020

169 Pesakit Covid-19 Sembuh, Bilangan Pesakit Pulih Melebihi Jangkitan Baru


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan perkembangan baik kes Covid-19 apabila bilangan pesakit pulih melebihi kes jangkitan baru selama tiga hari berturut-turut.

Hari ini, seramai 169 pesakit sembuh dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih daripada jangkitan itu sehingga kini seramai 2,647 orang.


Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 85 lagi kes baru jangkitan COVID-19 dilaporkan setakat hari ini, 15 April 2020.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia meningkat kepada 5,072, dengan 2,342 kes aktif dan 56 jumlah pesakit kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).


Dr Noor Hisham berkata, daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan satu kes kematian berkaitan Covid-19, sekali gus jumlah keseluruhan angka korban adalah sebanyak 83 orang atau 1.64 peratus.

“Kes kematian ke-83 (kes ke-4,988) ialah lelaki warganegara Malaysia berusia 69 tahun mempunyai latar belakang kencing manis dan darah tinggi.

“Beliau dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaysia pada 21 Mac dan disahkan meninggal dunia jam 6.41 pagi tadi,” katanya.


from Sehinggit Media https://ift.tt/2XDzq5a
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3eo3Uy3
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment