Tuesday 6 March 2018

Kecoh Pasal Siti Nurhaliza Bakal Lahirkan Anak Secara Pembedahan. Ini Sebabnya Yang Sebenar


Kurang dari dua minggu lagi, bayi yang ditunggu – tunggu bakal dilahirkan. Siapa sahaja ayng tidak teruja apabila penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah mengumummkan kehamilannya pada tahun lalu dan dikhabarkan akan melahirkan bayi sulungnya itu pada bulan ini.


Bersalin Secara Pembedahan

Menurut Siti, beliau bakal bersalin secara pembedahan dan keputusan itu dibuat atas nasihat doktor. Ini kerana terdapat beberapa faktor yang yang menyebabkan pembedahan dipilih selain dari bersalin secara normal. Segala persiapan juga hampir selesai dan Siti sekeluarga sudah tidak sabar menantikan kehadiran Siti junior itu.


Dengar khabar bilik bayi juga sudah dihias cantik malah lif telah dipasang bagi kegunaan Siti semasa berpantang nanti.

“Menurut doktor di tempat Siti menjalani rawatan kesuburan, selain faktor usia Siti sendiri, bayi yang dikandung menggunakan kaedah ‘In Vitro Fertilization (IVF)’ biasanya dilahirkan secara pembedahan. Bagaimanapun, ada juga kes sebegitu menyaksikan kelahiran secara normal. Siti ikut saja apa nasihat doktor, selain mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental. Apapun caranya, harapan Siti proses kelahiran dipermudahkan”

Lagu Untuk Anak Kini Di Pasaran

Lebih mengujakan, bermula semalam lagu khas untuk bakal anaknya, Comel Si Pipi Merah juga telah berada di pasaran. Untuk anda yang ingin mendengarkannya, bolehlah dengarkan di semua digital platform.


Kalau si pipi merah di dalam bahasa arab bermaksud Humaira. Adakah nama anak Siti dan Datuk K nanti bernama Siti Humaira? Kami di Hangat.com mendoakan agar proses bersalin Siti berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segalanya!

Sumber : BH Online


from Sehinggit Media http://ift.tt/2FwjQzQ
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2tl7hCj
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment